Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Isnin sejajar dengan pasaran tunai.
Pada 9.52 pagi, kontrak April 2026 meningkat 16.5 mata kepada 1,731.0, Mei 2026 naik 15.5 mata kepada 1,732.0, Jun 2026 menambah 15.0 mata kepada 1,731.0 dan September 2026 menokok 16.5 mata kepada 1,711.5.
Jumlah dagangan sebanyak 11,744 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 45,388 kontrak.
Selepas 58 minit dagangan, FBM KLCI naik 8.33 mata kepada 1,728.67 daripada 1,720.34 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA