Terdapat 137 berita berdasarkan kata kunci carian " takaful"

Kewangan Islam Perlu Manfaatkan Tindakan Iklim, Rangkuman Digital Demi Kebaikan Dunia – SC

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Kewangan Islam perlu memanfaatkan tiga pemacu penting terutama tindakan iklim, rangkuman digital dan inovasi Islam bagi mencapai matlamat yang lebih tinggi untuk Malaysia, Oman dan seluruh dunia, kata Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC) Datuk Mohammad Faiz Azmi.

AIM Komited Sediakan Kemudahan Kewangan Patuh Syariah

TANAH MERAH, 7 Sept (Bernama) -- Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) komited untuk memperluaskan  perkhidmatan Ikhtiar Ar-Rahnu di seluruh negara bagi menyediakan kemudahan kewangan mikro patuh syariah yang dilindungi takaful.

PTV 3.0 Bermula Semalam, Bolehkan Penerima STR Rancang Kewangan Yang Baik, Perlindungan Keluarga

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV), inisiatif kerjasama awam-swasta antara kerajaan dengan industri insurans dan takaful, kini memasuki fasa ketiga dengan pelancaran program PTV 3.0 bermula semalam.

Untung Bersih Takaful Malaysia Susut Kepada RM83.82 Juta Pada Suku Kedua 2025

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) mengecil kepada RM83.82 juta pada suku kedua yang berakhir 30 Jun, 2025 daripada RM93.10 juta pada suku kedua 2024.

AKPK Tawar Nasihat Kewangan Percuma Untuk Pemegang Polisi MHIT Terkesan Kenaikan Premium

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) memperkenalkan perkhidmatan pengurusan kewangan percuma untuk membantu pemegang polisi yang terjejas disebabkan kenaikan premium pelan insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) mereka.

Langkah Sementara Berkesan Bendung Inflasi Kos Perubatan, Premium Insurans - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Langkah sementara bagi menguruskan kenaikan kos perubatan dlihat kekal berkesan, berikutan inisiaif berterusan akan mengukuhkan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan membantu membendung inflasi premium insurans perubatan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)  Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Takaful Malaysia Cadang Terbit Program Sukuk Subordinat Bahagian Kedua Sehingga RM1 Bilion

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) telah mencadangkan penerbitan program sukuk subordinat bahagian kedua sehingga RM1 bilion dalam nilai nominal berdasarkan prinsip shariah wakalah bi al-istithmar.

Keuntungan Bersih MNRB Melonjak Kepada Paras Tertinggi Sebanyak RM168.43 Juta

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih dengan rekod tertinggi sebanyak RM168.43 juta bagi suku pertama berakhir 30 Jun 2025, melonjak 82.7 peratus berbanding RM92.20 juta pada suku tahun yang sama tahun sebelumnya.

AIA Public Takaful Lantik Mohd Asri Sebagai CEO Berkuat Kuasa 11 Ogos

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- AIA Public Takaful Bhd mengumumkan pelantikan Mohd Asri Omar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu syarikat itu berkuat kuasa 11 Ogos, 2025.

HSBC Malaysia Perkenal Perkhidmatan Premier Dipertingkat Untuk Segmen Mewah

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- HSBC Malaysia melancarkan perkhidmatan HSBC Premier serba baharu yang dikhaskan kepada pelanggan mewah dan bernilai bersih tinggi dengan rangkaian penyelesaian kekayaan, kesihatan, perjalanan dan perbankan antarabangsa yang diperluas.

EON Bhd Sasar Jualan Lebih 12,000 Unit Kenderaan Tahun Ini

SHAH ALAM, 8 Ogos (Bernama) -- Edaran Otomobil Nasional (EON) Bhd menyasarkan jualan lebih 12,000 unit kenderaan pada tahun ini.

BNM Teruskan Pelaksanaan Inisiatif Utama Pacu Pendigitalan - Gabenor

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) meneruskan pelaksanaan beberapa inisiatif utama bagi memacu pendigitalan di negara ini memandangkan sistem itu memerlukan lebih daripada sekadar teknologi serta model perniagaan baharu.