BERITA TERKINI   Sidang Kemuncak ASEAN: Lencongan, penguraian jalan libat enam lebuh raya, 25 jalan utama pada 26-28 Okt - Pengarah JSPT Bukit Aman | Sidang Kemuncak ASEAN: 1,111 petugas trafik sepanjang persidangan berlangsung - Pengarah JSPT Bukit Aman | KWAP lancar Dana Iklim+ RM2 bilion untuk memacu peralihan sifar bersih negara | Keputusan Mahkamah Agung muktamadkan semua prosiding jenayah berkaitan kes Sulu di Sepanyol | Mahkamah Agung Sepanyol tolak rayuan Gonzalo Stampa berhubung kesalahan hina mahkamah dalam kes Sulu | 

Prudential Syariah Pacu Pembangunan Terangkum Dalam Pasaran Takaful Indonesia

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Senario takaful di Malaysia dan Indonesia sedang meningkatl dengan penganalisis mengunjurkan pasaran akan melonjak kepada US$5.4 bilion (US$1=RM4.22) menjelang 2033.

Ia merupakan satu petanda iaitu permintaan untuk perlindungan patuh syariah bukan lagi sesuatu yang terhad, tetapi sudah menjadi arus perdana.

Untuk memberikan gambaran yang lebih jelas, kedua-dua pasaran berkenaan hanya bernilai US$1.4 bilion pada 2024, malah hala tuju ke hadapan kelihatan terus menjanjikan.

Menurut firma penyelidikan pasaran IMARC Group, prospek yang memberangsangkan ini disokong oleh peningkatan permintaan terhadap produk insurans Islam selain inisiatif kerajaan yang proaktif dan terus menarik penyertaan tempatan serta antarabangsa dalam ruang takaful.

Di Indonesia, PT Prudential Sharia Life Assurance (Prudential Syariah) merupakan antara pemain utama yang memacu momentum tersebut.

Syarikat ini sebagai peneraju pasaran dalam segmen hayat takaful dengan usaha sama swasta, mencatatkan sumbangan sebanyak 3.4 trilion rupiah Indonesia sekali gus memberikan perlindungan kepada hampir setengah juta peserta pada 2024.

 

Kemajuan Pengawalseliaan dan Pertukaran Bakat

 

Ketua Pegawai Eksekutif Prudential Syariah Iskandar Ezzahuddin berkata syarikat itu sedang melihat semula cara insurans berfungsi terutamanya dalam ruang syariah.

Dari perspektif pengawalseliaan, Iskandar berkata Syariah selama ini dilihat sebagai pelengkap kepada kewangan konvensional. Namun, itu bukan lagi keadaan yang berlaku sekarang.

Beliau menegaskan kerajaan Indonesia sedang berusaha lebih keras untuk membangunkan rangka kerja pengawalseliaan yang lebih matang bagi memastikan industri ini dapat berkembang secara mampan sambil menarik kepakaran antarabangsa.

"Sesungguhnya terdapat banyak permintaan daripada bakat Malaysia untuk memperluaskan lingkungan mereka ke Indonesia dan saya rasa banyak kebimbangan yang timbul iaitu agak serupa dari segi tahap keselesaan," katanya.

Bagi mengatasi perkara ini, beliau berkata Prudential Syariah sedang membuka pintu kepada kerjasama selain memudahkan kerjasama merentas sempadan dalam bidang seperti pengedaran, operasi, kepakaran takaful dan tadbir urus.

"Kami ingin menekankan iaitu kami terbuka kepada kerjasama sama ada dalam berkongsi bakat, kepakaran atau membangunkan penyelesaian baharu berasaskan syariah. Terdapat banyak peluang di hadapan," tambahnya.

Memandang ke hadapan, Prudential Syariah juga melihat potensi yang kukuh untuk bekerjasama dengan rakan kongsi perniagaan dari Malaysia terutamanya dalam pemindahan pengetahuan, perkongsian dan mobiliti bakat untuk mengukuhkan lagi ekosistem insurans syariah serantau.

 

Mandat untuk Membangunkan Insurans Syariah

 

Iskandar berkata misi pasukannya iaitu untuk mengembangkan perniagaan dengan memajukan keterangkuman selain mengukuhkan sinergi merentas sempadan antara Malaysia dan Indonesia.

"Jika kita lihat Indonesia dan Malaysia hari ini, Malaysia melakukan kerja yang luar biasa dalam membangunkan ekosistem takafulnya iaitu dari segi tadbir urus hingga inovasi produk. Banyak yang boleh kita pelajari dan sesuaikan," katanya.

Beliau berkata sementara kedua-dua negara terus memupuk sektor kewangan Islam masing-masing, satu perkara yang jelas iaitu pasaran takaful bukan sekadar mengenai angka dan polisi sebaliknya ia tentang kepercayaan, inovasi dan mewujudkan sistem yang selari dengan nilai-nilai masyarakatnya.

Iskandar berkata melalui kerjasama dengan Bank Syariah Indonesia dan organisasi Islam utama seperti Nahdlatul Ulama dan Muhammadiyah serta rangkaian lebih daripada 80,000 ejen terlatih syariah, Prudential Syariah komited untuk meningkatkan keterangkuman dan memperdalam literasi kewangan.

Beliau menambah sebagai entiti yang berpisah, Prudential Syariah diberi fleksibiliti untuk membentuk budaya sendiri dan menyesuaikan diri dengan cepat terhadap keperluan pelanggan yang sentiasa berubah.

 

Peningkatan literasi kewangan menandakan kesediaan pasaran, inovasi produk

 

Iskandar berkongsi iaitu pada 2023, Indeks Literasi Kewangan Syariah Indonesia hanya sebanyak sembilan peratus dan tahun ini, ia meningkat kepada 45 peratus.

"Dalam hanya dua tahun, literasi kewangan untuk kewangan syariah berkembang dengan pesat," katanya.

Dalam langkah strategik bagi memperluas jangkauan dan menyediakan penyelesaian kewangan terangkum, Prudential Syariah menjalin kerjasama penting dengan Bank Syariah Indonesia.

Kerjasama ini bertujuan memanfaatkan rangkaian luas dan asas pelanggan kedua-dua entiti bagi memacu pertumbuhan dan aksesibiliti dalam pasaran Indonesia.

"Kerjasama Bancassurance dengan Bank Syariah Indonesia akan membuka akses kepada lebih daripada 21 juta pelanggan melalui lebih 1,000 cawangan di seluruh negara," katanya.

Beliau menambah rangkaian ini membolehkan penglibatan yang lebih mendalam dan aksesibiliti yang lebih baik untuk pelanggan.

Bagi meningkatkan lagi tawaran yang terangkum, Iskandar berkata Prudential Syariah membangunkan pelbagai produk berorientasikan perlindungan dan mampu milik yang disesuaikan mengikut peringkat kehidupan serta tahap pendapatan yang berbeza.

Prudential Syariah terus berinovasi melalui tawaran utama seperti PRUCritical Amanah, PRUHeritage Syariah, PRUSehat Syariah dan PRUWell Medical Syariah.

PRUCritical Amanah menyediakan perlindungan menyeluruh untuk penyakit kritikal dan hayat seumur hidup meliputi peringkat awal dengan pilihan yang disesuaikan mengikut keperluan pelanggan dan kemampuan kewangan.

Sementara itu, PRUWell Medical Syariah menawarkan penyelesaian kepada inflasi perubatan yang tinggi selain sumbangan berdasarkan profil risiko kesihatan individu dan memberi insentif kepada pelanggan yang mengamalkan gaya hidup sihat.

PRUSehat Syariah merupakan penyelesaian insurans kesihatan yang mampu milik, direka untuk menyokong generasi muda di Indonesia dalam menghadapi cabaran kesihatan dan kewangan manakala PRUHeritage Syariah menawarkan perlindungan hayat untuk perancangan warisan.

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan kemungkinan hubungan kerjasama boleh dihantar ke psla.partnership@prudentialsyariah.co.id.

-- BERNAMA