Terdapat 568 berita berdasarkan kata kunci carian " petronas"

Petronas Peroleh PSC Bagi Kluster Permata Di Luar Pantai Sabah

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menerusi Malaysia Petroleum Management (MPM) hari ini mengumumkan perolehan Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) bagi Kluster Permata, yang terletak di luar pantai Sabah kepada Bridge Petroleum Ltd, berpangkalan di London.

Sabah Peroleh 20 Peratus Kepentingan Strategik PSC EOR Sabah Utara

KOTA KINABALU, 9 Feb (Bernama) -- Kerajaan negeri Sabah menerusi anak syarikat milik penuh, SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE), mengukuhkan lagi kedudukan dalam sektor huluan minyak dan gas (O&G) dengan memperoleh kepentingan penyertaan strategik sebanyak 20 peratus dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Perolehan Semula Minyak Dipertingkat (EOR) Sabah Utara.

Malaysia Dan India Iktiraf Kemajuan Besar Dicapai Petronas Dan Gentari Dalam Usaha Perkasa Tenaga Hijau

PUTRAJAYA, 8 Feb (Bernama) -- Malaysia dan India mengiktiraf kemajuan ketara yang dicapai oleh Petroliam National Bhd (Petronas) dan Gentari dalam landskap tenaga boleh baharu dan hidrogen hijau India dalam sektor tenaga.

Bursa Malaysia Ditutup Paras Tertinggi Harian Disokong Aktiviti Belian Saat Akhir

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali pulih dengan ditutup pada paras tertinggi harian pada Jumaat, didorong oleh aktiviti belian pada saat akhir dalam kaunter wajaran tinggi terpilih.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia terus mencatatkan penurunan pada tengah hari ini berikutan tekanan jualan berterusan di kaunter saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor produk perindustrian dan perkhidmatan, pengangkutan dan logistik serta perkhidmatan kewangan.

Sentimen Global Lemah Dorong Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, meneruskan penyusutan sederhana berikutan sentimen global yang negatif menjejaskan minat pelabur terhadap risiko, kata ahli ekonomi.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum penurunannya pada tengah hari susulan aktiviti pengambilan untung dalam kaunter-kaunter wajaran tinggi terpilih, terutamanya dalam sektor produk dan perkhidmatan industri, kesihatan, serta utiliti.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Dipengaruhi Sentimen Bercampur-campur Wall Street

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, dipengaruhi aktiviti pengambilan untung sederhana serta isyarat bercampur-campur daripada Wall Street semalaman.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia tidak meneruskan peningkatan awalnya apabila ditutup lebih rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan baru-baru ini.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari Berikutan Tekanan Jualan

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum penurunan pada tengah hari berikutan aktiviti jualan yang berterusan dalam kaunter wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor perkhidmatan kewangan, produk dan perkhidmatan industri serta kaunter utiliti.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Walaupun Prestasi Semalaman Wall Street Merosot

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini walaupun prestasi semalaman Wall Street merosot.

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari Didorong Belian Saham Mewah

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari ini didorong oleh aktiviti pembelian yang berterusan di kaunter saham wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam sektor perkhidmatan kewangan, telekomunikasi dan media.