14hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang memuktamadkan rangka kerja bagi menjelaskan skop dan kehendak pelesenan bagi aktiviti skim Amanah Tunai yang melibatkan pelaburan di dalam produk pasaran modal, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
15hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Setakat Januari 2026, tiada pelaburan pusat data yang telah ditangguhkan, berisiko dilengahkan atau berpotensi berpindah ke negara lain susulan keputusan menangguhkan pembangunan pusat data baharu di Johor sehingga 2027 akibat kekangan bekalan air.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Kerajaan mentafsir Artikel 6.2 Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) dengan melihatnya selaras dengan amalan tadbir urus yang baik, prinsip persaingan sihat dalam aktiviti komersial dan selari dengan obligasi antarabangsa Malaysia.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Malaysia Rail Link Sdn Bhd sedang membuat persiapan bagi fasa selepas pembinaan dengan menyediakan tenaga kerja pengoperasian Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka bermula pada Januari 2027, menurut Kementerian Pengangkutan (MOT).
15hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Sekatan yang dikenakan oleh China terhadap beberapa syarikat pertahanan Amerika Syarikat (AS) tidak memberikan kesan secara langsung kepada perdagangan dan pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia setakat ini, khususnya bagi sektor elektrik dan elektronik (E&E).
15hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Jumlah penggunaan kenderaan elektrik (EV) tahunan telah meningkat dengan ketara kepada 44,813 unit pada 2025 berbanding 3,127unit yang dicatatkan semasa 2022, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
16hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Kerajaan membiayai sebanyak 35 projek berkaitan sektor pertengahan dan hiliran getah dengan dana peruntukan RM9.9 juta setakat ini, termasuk 10 projek khusus sektor sarung tangan getah bernilai RM3.5 juta, kata Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
16hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Kerajaan memperuntukkan RM9.8 juta pada 2025 untuk menangani penyakit dan perosak utama tanaman kelapa sawit, termasuk kulat Ganoderma dan ulat bungkus, kata Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
20hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengesahkan pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan berkaitan Tawaran Am Sukarela (VGO) oleh Sunway Bhd untuk membeli kepentingan PNB dalam IJM Corporation Bhd.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Perkhidmatan Ombudsman Pasaran Kewangan (FMOS) telah menerima sebanyak 3,253 aduan dan 2,268 pertikaian telah berjaya diselesaikan melalui kaedah mediasi dan adjudikasi sejak mula beroperasi pada 17 Jan 2025.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Sebanyak RM3.9 bilion dana bayaran balik disalurkan kepada pembayar cukai sehingga 31 Januari 2026 bagi menyelesaikan 34,899 kes yang melibatkan pembayaran balik pemfailan cukai tahun 2023.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan terus berada pada landasan pertumbuhan yang positif, iaitu berdaya tahan, inklusif dan ditadbir dengan integriti.