BERITA TERKINI   Polis belum terima laporan dakwaan Victor Chin berkaitan Ahli Parlimen minta bayaran RM10 juta bagi bantu selesai isu manipulasi korporat - Bukit Aman | Capital A lantik Effendy Shahul Hamid sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif berkuat kuasa 6 April | Capital A sedang teroka potensi dwipenyenaraian di Hong Kong pada suku ketiga 2026, dan teruskan rancangan untuk senaraikan AirAsia NEXT di Amerika Syarikat menjelang akhir tahun - Tony Fernandes | Capital A sasar keluar daripada status PN17 selepas catat untung empat suku tahunan berturut-turut - Tony Fernandes | Op Viking: Ahli perniagaan Victor Chin antara 10 individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram - Polis | 

34,899 Kes Bayaran Balik Cukai 2023 Selesai, Libatkan RM3.9 Bilion

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Sebanyak RM3.9 bilion dana bayaran balik disalurkan kepada pembayar cukai sehingga 31 Januari 2026 bagi menyelesaikan 34,899 kes yang melibatkan pembayaran balik pemfailan cukai tahun 2023.

Kementerian Kewangan memaklumkan perkara itu dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat yang dikeluarkan di laman sesawang Parlimen, hari ini.

Kementerian itu menjawab soalan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) yang meminta kerajaan memberi penjelasan mengenai statistik bilangan entiti dan jumlah yang dijangka menerima bayaran balik cukai, selain jumlah bayaran balik cukai yang masih tertunggak.

Menurut kementerian itu, berdasarkan komitmen yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 5 Januari 2026, kerajaan bakal menyelesaikan bayaran balik bagi pemfailan cukai tahun 2023 pada suku pertama 2026.

“Kerajaan juga akan memastikan bayaran balik bagi pemfailan cukai tahun 2024 dapat dibuat sebelum penghujung tahun (2026),” katanya.

-- BERNAMA