Terdapat 30 berita berdasarkan kata kunci carian " hip"

RMK13 Tumpu Reformasi Industri Semikonduktor, Cergaskan Perkhidmatan Global

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) --  Usaha mereformasikan industri semikonduktor tempatan dan mencergaskan industri perkhidmatan global bernilai tinggi merupakan antara tumpuan utama dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), sebagai langkah memperkukuh kerencaman ekonomi negara.

Maxis Memeterai MoU Dengan Aduna, Lonjak Inovasi Perniagaan Digital

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Penyedia telekomunikasi bersepadu (telcoi) Malaysia, Maxis telah memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Aduna, yang merupakan usaha niaga penting antara sebilangan pengendali telekomunikasi terkemuka dunia.

Sarawak Tampil Sebagai Peneraju Tenaga Bersih Melalui IEW 2025

KUCHING, 16 Julai (Bernama) -- Minggu Tenaga Antarabangsa Keenam (IEW) 2025 yang dilancarkan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Sarawak mengesahkan semula peranan pentingnya sebagai peneraju global dalam inovasi tenaga bersih di tengah-tengah peralihan dunia ke arah tenaga lestari.

Dasar Berkecuali Malaysia Disalah Guna Untuk Elak Tarif - Liew

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) – Dasar berkecuali Malaysia dalam perdagangan global telah disalah tafsir oleh sesetengah pengeksport dan dieksploitasi sebagai asas untuk mengelak tarif dan menghalang sekatan, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.

DayOne Pacu Pelaburan Rantaian Bekalan Digital Di Johor, Jadikan Malaysia Hab Serantau

Oleh Hasnah Jusid

ISKANDAR PUTERI, 15 Julai (Bernama) -- Operator pusat data global DayOne memperkukuh komitmen jangka panjangnya terhadap Malaysia dengan meletakkan negara ini sebagai hab utama dalam rantaian bekalan digital serantau menerusi pelaburan infrastruktur dan ekosistem utama yang berpusat di Johor.

YTL Power Labur RM10 Bilion Dalam AI, Galakkan Syarikat Tempatan Manfaat Infrastruktur AI

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) – YTL Power International Bhd melabur kira-kira RM10 bilion dalam kecerdasan buatan (AI) dan infrastruktur AI setakat ini serta menggalakkan syarikat-syarikat Malaysia untuk melabur dalam AI dan memanfaatkan infrastruktur itu.

Microsoft Lancar Rantau Awan Pertama Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Microsoft telah mengumumkan ketersediaan umum Rantau Awan Barat (West Cloud) Malaysia yang dilancarkan sebagai sebahagian daripada pelaburan US$2.2 bilion di negara ini.

Malaysia Komited Bekerjasama Dalam Ekosistem Halal Dengan Rakan Antarabangsa Pada Expo 2025 Osaka

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Malaysia kekal komited untuk berkongsi kepakarannya dan menggalakkan kerjasama dengan rakan antarabangsa, terutamanya dalam mempromosikan kesedaran dan inovasi dalam ekosistem halal di Expo 2025 Osaka, Kansai, Jepun, yang berlangsung dari 13 April hingga 13 Okt 2025.

Rakan KKM, Hospital Bukan Berasaskan Untung Bantu Tangani Kos Perubatan - BNM

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) – Langkah meningkatkan bilangan katil hospital mampu milik serta menggalakkan pengembangan hospital bukan berasaskan keuntungan, dapat membantu mengurangkan kos insurans dan perubatan serta pemegang polisi terbabit.

New South Wales Berminat Bekerjasama Dengan Sarawak Dalam Tenaga Lestari

KUCHING, 19 Mac (Bernama) -- New South Wales (NSW), salah satu negeri maju di Australia dalam sektor tenaga telah menyatakan minat untuk mengukuhkan hubungannya dengan Sarawak dalam bidang tenaga boleh baharu (TBB) dan kelestarian alam sekitar.

Keuntungan Bersih TM Melonjak 7.8 Peratus Kepada RM2 Bilion

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Telekom Malaysia Bhd (TM) melonjak 7.8 peratus kepada RM2.01 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember berbanding RM1.87 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelum ini berikutan kos kewangan bersih yang lebih rendah dan pengiktirafan baki kredit cukai satu kali.

Brunei Berminat Teroka Kerjasama Dengan Sarawak Dalam Inisiatif Tenaga Bersih

KUCHING, 25 Feb (Bernama) -- Brunei berhasrat untuk meneroka peluang kerjasama baharu dengan Sarawak bagi memajukan inisiatif tenaga bersih.