4bulan ago
SHAH ALAM, 26 Sept (Bernama) -- Malaysia berada di landasan yang tepat bagi mencapai sasaran tenaga boleh baharu (TBB), dengan TBB sudah menyumbang sebanyak 30 peratus dalam campuran tenaga, iaitu menghampiri matlamat 31 peratus yang ditetapkan pada akhir tahun, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
4bulan ago
SHAH ALAM, 26 Sept (Bernama) -- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini melancarkan projek rintis Projek Solar Kediaman dalam usaha meningkatkan campuran tenaga boleh baharu (TBB) dalam pembekalan elektrik negara.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Rundingan bagi Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN-Kanada yang masih berterusan bakal dimuktamadkan menjelang tahun depan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kesatuan Eropah (EU) berpendapat ASEAN merupakan peluang ekonomi terbaik, dipacu oleh keyakinan perniagaan yang kukuh dan potensi ekonomi yang semakin berkembang, kata Pesuruhjaya Eropah bagi Perdagangan dan Keselamatan Ekonomi, Hubungan Antara Institusi dan Ketelusan Maros Sefcovic.
4bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- United Kingdom (UK) menjadikan perdagangan digital sebagai keutamaan paling penting dalam penglibatannya dengan ASEAN di samping sebahagian strategi ekonomi globalnya.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Projek Integrasi Tenaga (PIP) Laos–Thailand–Malaysia–Singapura (LTMS) dan cadangan grid Semenanjung dan Borneo akan menjadi model bagi usaha ASEAN ke arah rangkaian tenaga serantau yang bersambung sepenuhnya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Malaysia berminat untuk belajar daripada pengalaman Kesatuan Eropah (EU) dalam mewujudkan grid tenaga seiring dengan langkah ASEAN meningkatkan usaha untuk merealisasikan Grid Tenaga ASEAN (APG), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
4bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Malaysia dan ASEAN meneguhkan komitmen terhadap perdagangan berasaskan peraturan dan multilateral, di samping memperkukuh kerjasama lebih erat dengan Kesatuan Eropah (EU) dalam usaha memacu kemakmuran sejagat.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- SME Venture@ASEAN 2025 akan diadakan dari 16 hingga 18 Okt 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
4bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) komited untuk terus meningkatkan kerjasama bagi mengukuhkan daya tahan serantau di tengah-tengah peningkatan perlindungan perdagangan, halangan bukan tarif dan rantaian bekalan yang rapuh ketika ini.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- ASEAN sedang membentuk ekosistem perdagangan dan pelaburan yang terbuka, tahan lasak dan bersedia menghadapi masa depan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
4bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Jepun kekal sebagai satu daripada rakan dagang dan pelabur terbesar ASEAN dengan jumlah perdagangan dua hala mencapai US$236.4 bilion (US$1 = RM4.2) pada tahun lepas, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.