1tahun ago
PUTRAJAYA, 7 Jan (Bernama) -- Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura boleh dihidupkan semula sekiranya terdapat penyertaan sepenuhnya daripada sektor swasta, dengan penglibatan kerajaan yang sangat minimum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
PUTRAJAYA, 7 Jan (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) merupakan inisiatif unik apabila dua negara bekerjasama sebagai satu pasukan untuk membantu mempromosikan kedua-dua negara dan menarik pelaburan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Pengambilalihan baki saham oleh pemberi tawaran bersama saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi pihak Gateway Development Alliance Sdn Bhd, Pantai Panorama Sdn Bhd, Kwasa Aktif Sdn Bhd dan Gip Aurea Pte Ltd telah mencapai 75.73 peratus.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini berikutan permintaan yang agak lemah selepas para peniaga kekal di luar pasaran menjelang data ekonomi Amerika Syarikat yang penting minggu ini, termasuk laporan senarai gaji bukan pertanian (NFP) pada Jumaat.
1tahun ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, berikutan kebimbangan terhadap eksport yang menurun terus memberi tekanan kepada harga, kata peniaga minyak sawit David Ng.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai.
1tahun ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Ringgit meneruskan trend penyusutan untuk ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan ekonomi Amerika Syarikat (AS) menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang seterusnya hingga mendorong permintaan untuk dolar AS.
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran serantau apabila pasaran utama di seluruh dunia kebanyakannya mencatatkan aliran negatif.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Isnin dengan lebih rendah susulan tindakan pelabur menjual saham mewah terpilih bagi kaunter perladangan dan perkhidmatan kewangan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Institusi tempatan menyokong Bursa Malaysia bagi minggu ke-11 berturut-turut dengan jumlah belian bersih ekuiti domestik bernilai RM304.0 juta.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah ketika awal dagangan pada Jumaat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, mengambil petunjuk daripada penutupan dagangan di Wall Street yang kukuh pada Jumaat lepas, selepas permintaan baharu untuk saham teknologi mendorong pasaran Amerika Syarikat (AS).