1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Malaysia terus menunjukkan kemajuan tahun ini dalam persekitaran yang mencabar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran dan anjakan pengawalseliaan, terutamanya dalam peralihan ke arah ekonomi yang mengutamakan digital.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Penilaian terhadap prestasi industri insurans pada 2024 pastinya perlu mengambil kira maklum balas negatif yang diterima industri insurans dan takaful selepas mengumumkan kenaikan mendadak premium insurans perubatan.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Persatuan Perancang Kewangan Malaysia (FPAM) menyambut baik langkah Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengehadkan kenaikan premium tahunan bagi insurans perubatan dan takaful pada 10 peratus.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank (HLIB) mengunjurkan inflasi meningkat pada 2025, dipacu oleh pembaharuan dasar domestik seperti rasionalisasi subsidi bahan api RON95 dan skop cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperluaskan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menyokong keputusan kerajaan untuk mengekalkan surcaj kadar pelepasan kos tidak seimbang (ICPT) pada 16 sen setiap kilowatt jam (kWj) bagi separuh pertama 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Pasaran minyak sawit mentah (MSM) dijangka mengalami pergerakan harga tidak menentu minggu depan berikutan minggu dagangan yang singkat, kata peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh.
1tahun ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia diunjur mengekalkan trend diniagakan tidak berubah minggu depan sehingga terdapat pemangkin baharu, kata Rakuten Trade Sdn Bhd.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan dagangan kecil ketika musim cuti Krismas dengan unjuran harga US$2,585 hingga US$2,635 di tengah-tengah sentimen pasaran yang berhati-hati serta aktiviti akhir tahun yang suram.
1tahun ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Pasaran getah dijangka kekal tidak menentu minggu depan, dengan harga berpotensi untuk meningkat disebabkan keadaan cuaca buruk di negara pengeluar utama dan kekurangan stok getah asli global, kata Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (Margma).
1tahun ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan penyusutan pada hari kelima berturut-turut berikutan kebimbangan mengenai eksport yang lemah, kata peniaga minyak sawit David Ng.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd meraih pencapaian penting pada 2024 apabila sebanyak 55 tawaran awam permulaan (IPO) disenaraikan di bursa, iaitu jumlah penyenaraian tertinggi direkodkan dalam tempoh 19 tahun lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini meskipun prestasi positif niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS), apabila permintaan tempatan yang lemah terus menjejaskan sentimen pasaran, kata penganalisis.