BERITA TERKINI   Dua maut, empat cedera dalam kemalangan babit dua kenderaan di simpang Felda Sungai Ara dekat Kota Tinggi - bomba | Inflasi Malaysia berada pada 1.4 peratus pada Februari 2026, mata indeks naik kepada 136.0 daripada 134.1 pada bulan sama tahun sebelumnya - Jabatan Perangkaan | Perdagangan Malaysia meningkat 9.5 peratus kepada RM245.2 bilion pada Februari 2026, disokong oleh pengembangan berterusan dalam eksport dan import - Jabatan Perangkaan | Sabotaj Negara: PDRM akan rakam keterangan 14 lagi individu bagi lengkapkan kertas siasatan - KPN | 

Pasaran Getah Kekal Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Pasaran getah dijangka kekal tidak menentu minggu depan, dengan harga berpotensi untuk meningkat disebabkan keadaan cuaca buruk di negara pengeluar utama dan kekurangan stok getah asli global, kata Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (Margma).

Persatuan itu berkata peningkatan rangsangan fiskal China baru-baru ini turut membantu melonjakkan permintaan.

“Bagaimanapun, kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi global dan perkembangan terkini  ketegangan geopolitik di Timur Tengah mungkin mengehadkan momentum.

“Harga mungkin terus menjejaki prestasi pasaran hadapan getah serantau, kekuatan ringgit berbanding dolar AS dan harga minyak mentah penanda aras,” kata Margma kepada Bernama.

Pakar industri Denis Low memberi pandangan yang lebih berhati-hati, dengan menjangkakan pasaran diniagakan dalam julat terhad dengan harga stabil hingga naik sedikit dalam persekitaran permintaan yang lembap di tengah-tengah musim cuti.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia untuk Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) merosot sebanyak 20 sen kepada 869 sen sekilogram manakala lateks pukal naik 15 sen kepada 721.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang semalam, harga SMR 20 berada pada 868 sen sekilogram, manakala lateks pukal pada 723 sen sekilogram.

-- BERNAMA