BERITA TERKINI   Raja Permaisuri Agong titah UTM jalankan kajian pengaruh media sosial terhadap murid, pelajar - Istana Negara  | Raja Permaisuri Agong pandang serius kes rogol di sekolah, titah rujuk modul kempen TinDak wujudkan persekitaran sekolah selamat - Istana Negara | Kes tikam pelajar perempuan: Pentadbir sekolah akan dipindahkan ke Pejabat Pendidikan Daerah hingga siasatan selesai - KP KPM | KPM bekerjasama rapat dengan PDRM bagi perkukuh pemantauan keselamatan di sekolah seluruh negara - KP | KPM tidak anggap kes tikam pelajar dan salah laku seksual sebagai kes terpencil - KP | 

HLIB Unjur Inflasi Meningkat Pada 2025

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank (HLIB) mengunjurkan inflasi meningkat pada 2025, dipacu oleh pembaharuan dasar domestik seperti rasionalisasi subsidi bahan api RON95 dan skop cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperluaskan.

Dalam nota penyelidikan hari ini, katanya tekanan harga global yang dijangka dijejaskan lagi oleh dasar dilaksanakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, berupaya mempengaruhi aliran inflasi pada tahun depan.

"Dengan mempertimbangkan faktor-faktor ini, di samping pertumbuhan domestik mampan dan kecenderungan Rizab Persekutuan AS baru-baru ini untuk menaikkan kadar faedah, kami menjangkakan Bank Negara Malaysia mengekalkan kadar dasar semalaman pada 3.0 peratus pada 2025, melaksanakan pendekatan tunggu dan lihat," katanya.

Inflasi keseluruhan Malaysia menyusut kepada 1.8 peratus tahun ke tahun pada November, berkurangan daripada 1.9 peratus pada Oktober di tengah-tengah kos pengangkutan yang menyederhana dan penurunan besar dalam bidang maklumat dan komunikasi.

Menurut HLIB data inflasi pada November lebih rendah berbanding unjuran konsensus 2.1 peratus tahun ke tahun.

Sementara itu, inflasi teras kekal stabil pada 1.8 peratus tahun ke tahun.

-- BERNAMA