5bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan (Pindaan) 2025, yang bertujuan memperkukuh perlindungan terhadap industri tempatan daripada amalan perdagangan tidak adil dari negara luar.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) Malaysia meningkat sebanyak 2.35 peratus bulan ke bulan kepada 1.86 juta tan pada Ogos daripada 1.81 juta tan pada Julai, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat sedikit kepada US$122.7 bilion pada 29 Ogos 2025, daripada US$122 bilion yang direkodkan pada 15 Ogos 2025.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Syarikat-syarikat dari Malaysia memperoleh jualan bernilai lebih RM125 juta termasuk RM13.6 juta dalam urus niaga disahkan semasa Misi Pecutan Eksport (EAM) ke Afrika Selatan dan Kenya dari 1 hingga 5 September, 2025.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) --Rangka kerja kawal selia Malaysia yang kukuh dan insentif fiskal bagi pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) meningkatkan daya tarikan bagi pelaburan jangka pendek dan pembangunan projek di negara ini.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Harga jualan kenderaan di Malaysia tidak dikawal oleh kerajaan dan ia ditentukan oleh pasaran, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk mempelbagaikan rantaian bekalan dalam sektor semikonduktor demi memastikan pelaburan asing dan tempatan kekal kukuh dan berdaya tahan.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Kerajaan tidak berkompromi dalam isu standard halal tetapi memudah cara kemasukan daging dan produk daging serta unggas dan produk unggas ke Malaysia dengan mengiktiraf sijil halal yang dikeluarkan oleh badan pensijilan halal Amerika Syarikat (AS) yang mematuhi standard halal yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
5bulan ago
SEREMBAN, 2 Sept (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia bagi tempoh Januari hingga Julai 2025 mencatatkan peningkatan 4.7 peratus atau RM1.731 trilion berbanding RM1.65 trilion yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Jumlah permintaan untuk kargo udara, yang diukur dalam kargo tan kilometer (CTK), melonjak sebanyak 5.5 peratus dari tahun ke tahun (YOY) untuk Julai 2025 berbanding 0.6 peratus yang dicatatkan semasa bulan sebelumnya, mencerminkan pemulihan dalam pasaran kargo di tengah-tengah perang perdagangan.
5bulan ago
Daripada Harizah Hanim Mohamed
BUSAN, 29 Ogos (Bernama) -- Malaysia berhasrat mendalami pengalaman dan pendekatan holistik Korea Selatan dalam aspek pengurusan dan rawatan air, seiring dengan usaha negara melaksanakan transformasi sektor berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
5bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Ringgit terus mencatatkan kenaikan untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan ramai pelabur beralih kepada mata wang pasaran sedang pesat membangun selepas jangkaan meningkat mengenai penurunan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) bulan depan dan menjelang laporan inflasi AS dikeluarkan hari ini.