9bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini di tengah-tengah kebimbangan para peniaga dan pelabur terhadap pengumuman tarif timbal balik oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) lewat hari ini, kata seorang penganalisis.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Syarikat Jepun berminat untuk mengambil bahagian dalam pembangunan mampan lanjutan dalam inisiatif penyahkarbonan Malaysia, kata Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) Kuala Lumpur.
10bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Ringgit dijangka terus berada dalam jajaran kecil dengan trajektori yang sama iaitu antara RM4.42 hingga RM4.43 berbanding dolar AS minggu depan disebabkan minggu dagangan yang pendek berikutan cuti umum Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada Isnin, 31 Mac.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Laporan Tinjauan Perniagaan PMKS Alliance Bank mendedahkan sebanyak 79 peratus perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Malaysia dijangka meraih pertumbuhan hasil pada 2025, dipacu oleh permintaan domestik yang kukuh dan peningkatan penerapan pendigitalan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Ujian tekanan kesolvenan dan mudah tunai terus menunjukkan bahawa bank-bank kekal memiliki daya tahan yang tinggi untuk menghadapi kejutan makroekonomi, kewangan dan mudah tunai yang teruk.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Kerugian kewangan akibat risiko operasi yang dilaporkan oleh institusi kewangan kekal rendah pada separuh kedua 2024, merangkumi hanya 0.03 peratus daripada jumlah modal sistem perbankan berbanding 0.05 peratus pada separuh pertama 2024.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Keadaan pasaran domestik yang teratur akan terus mampan berikutan pasaran kewangan Malaysia yang kukuh, selain mudah tunai dan sistem perbankan yang teguh, sekali gus menyediakan penampan yang mencukupi untuk menghadapi ketidaktentuan global.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bank negara Malaysia (BNM) berkata dasar desentralisasi rizab antarabangsa BNM sejak dahulu telah menyebabkan pengumpulan aset luaran bukan rizab yang besar dan memperluas kedudukan luaran Malaysia.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Keuntungan dana insurans hayat dan takaful keluarga pada separuh kedua 2024 menurun kepada RM4.1 bilion berbanding separuh masa pertama iaitu RM8.4 bilion , didorong oleh keuntungan bersih belum direalisasikan yang lebih rendah daripada portfolio pelaburan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Ujian tekanan yang dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan bahawa penampan modal bank-bank mencukupi untuk menyerap potensi peningkatan kerugian kredit daripada sektor perniagaan di bawah senario tekanan buruk.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Risiko kekal terkawal dalam sektor hartanah bukan kediaman (NRP) walaupun terdapat cabaran yang berterusan dalam segmen ruang pejabat dan kompleks beli-belah (OSSC) pada separuh kedua 2024.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Industri perbankan Islam dan takaful Malaysia terus mencatat pertumbuhan positif pada 2024 dengan sumbangan industri perbankan Islam dalam keseluruhan sistem kewangan meningkat kepada 46.6 peratus tahun lepas berbanding 45.6 peratus pada 2023.