Terdapat 364 berita berdasarkan kata kunci carian " kilang"

Johari Seru Penggiat Industri Minyak Sawit Sokong Inisiatif Bio Bahan Api

KUANTAN, 29 April (Bernama) -- Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyeru penggiat industri minyak sawit untuk menyokong inisiatif pelet hitam TG2, inovasi bio bahan api boleh baharu yang berpotensi menggantikan arang batu dalam penjanaan tenaga.

Kilang Butterworth Bantu Atasi Kekangan Kapasiti Kilang Shah Alam, Bentong - CEO F&N

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) bersedia memulakan operasi di kilangnya di Butterworth setelah dinaik taraf bagi mengurangkan kekangan kapasiti pengeluaran yang sedang dihadapi di kemudahan Shah Alam dan Bentong.

SCIB Dapat Pembiayaan Islam RM49 Juta Daripada MIDF Bagi Pengembangan Syarikat

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- SCIB Concrete Manufacturing Sdn Bhd (SCM), anak syarikat milik penuh tidak langsung Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB), telah memperoleh pembiayaan bernilai RM49.0 juta daripada Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF).

Terma Perdagangan Malaysia Menokok 1.2 Peratus Pada Mac 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Terma Perdagangan Malaysia naik 1.2 peratus bulan ke bulan kepada 119.5 mata pada Mac 2025, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bin Zayed Labur AS$500 Juta Dalam Projek Kilang Penapisan Bahan Api Penerbangan

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Bin Zayed International (M) Bhd (BZI) akan melabur US$500 juta untuk membangunkan kilang penapisan bahan api penerbangan mampan -- kemudahan bersepadu pertama di dunia di Pelabuhan Klang -- yang akan meletakkan Malaysia di barisan hadapan bagi pengeluaran bahan api penerbangan bersih.

Eksport Sarung Tangan Getah Terhad Kepada Produk Tempatan Berkuat Kuasa Serta-merta

PUTRAJAYA, 25 April (Bernama) -- Syarikat pengeksport sarung tangan getah yang berlesen dengan Lembaga Getah Malaysia (LGM) hanya dibenarkan mengeksport sarung tangan getah yang diperoleh daripada sumber kilang pembuatan tempatan, berkuat kuasa serta-merta.

MTD Properties Umum Tiga Projek Kediaman, Taman Industri Di Kajang Dan Melaka

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- MTD Properties Sdn Bhd mengumumkan tiga projek pembangunan utamanya, termasuk dua projek perumahan dan sebuah taman perindustrian di Melaka dan Kajang, Selangor bagi memenuhi permintaan pasaran yang kian berkembang.

Jerman, Malaysia Kekal Rakan Dagang Penting -- Timbalan Ketua Misi

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Jerman kekal menjadi rakan dagang terpenting Malaysia dalam Kesatuan Eropah (EU) kerana negara itu juga merupakan rakan dagang terbesar Jerman dalam kalangan negara ASEAN, kata Timbalan Ketua Misi Kedutaan Republik Persekutuan Jerman di Malaysia Ulrike Wolf.

Audi Mulakan Pemasangan Audi Q7 Di Pekan, Pahang

PEKAN, 24 April (Bernama) -- Audi mula memasang kenderaan utiliti sukan (SUV) pertamanya di Asia Tenggara di kilangnya di Pekan, Pahang, yang merupakan satu-satunya kemudahan pengeluaran Audi di rantau ini, menurut satu kenyataan.

FDI Sumbang 80 Peratus Pelaburan Baru Di Johor Pada April

PASIR GUDANG, 24 April (Bernama) -- Pelabur langsung asing (FDI) kekal sebagai sumber utama pelaburan di Johor apabila menyumbang lebih kurang 80 peratus daripada RM23 bilion pelaburan dalam perancangan bagi April.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini disokong oleh jangkaan permintaan eksport minyak sawit yang lebih kukuh dalam beberapa minggu akan datang, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Tarif AS Ancam Peranan Malaysia Dalam Rantaian Bekalan Tenaga Bersih Global - FMM

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Duti dikenakan terhadap solar dari Asia Tenggara oleh Amerika Syarikat (AS) akan mempunyai implikasi besar ke atas pangkalan pembuatan di seluruh rantau ini, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).