29hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Malaysia dan Turkiye perlu bekerjasama dalam bidang seperti perkongsian teknologi, digitalisasi dan kecerdasan buatan (AI) untuk menghadapi cabaran global dan mencapai kemakmuran bersama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Kerajaan akan terus memantau landskap geopolitik global dari perspektif ekonomi untuk menilai potensi impaknya terhadap pergerakan harga minyak, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu dengan harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM) 20 terus meningkat disokong oleh kenaikan di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
29hari ago
BANGI, 7 Jan (Bernama) -- Persidangan Ekonomi Halal Antarabangsa 2026 (IHEC 2026) menyasarkan peluang perniagaan dan penglibatan perdagangan dalam industri halal bernilai RM500 juta.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) mencatatkan eksport digital berjumlah RM6.8 bilion antara tempoh 2024 dan Separuh Pertama 2025, yang mana merupakan satu pencapaian signifikan dalam industri ekonomi digital Malaysia.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah berikutan aktiviti pengambilan untung yang normal, dalam keadaan ketiadaan pemangkin domestik baharu.
29hari ago
PUTRAJAYA, 7 Jan (Bernama) -- Bioeconomy Corporation menyasarkan untuk menjana perolehan sekurang-kurangnya RM2.2 bilion daripada syarikat di bawah program Status BioNexus dan Pemecut Berasaskan Bio (BBA) pada 2026, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak.
29hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin dan K.Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pada Rabu namun lebih tinggi berbanding mata wang utama berikutan pelabur terus berhati-hati menjelang minggu yang sarat dengan data pasaran buruh Amerika Syarikat (AS).
30hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Tesla Malaysia akan terus menawarkan kesemua model kenderaannya pada harga permulaan yang diperkenalkan pada 2025 selepas pengecualian cukai jalan kenderaan elektrik (EV) tamat pada 31 Disember lepas.
30hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa apabila pasaran menilai semula insiden AS–Venezuela sebagai gangguan politik tetapi terkawal dari segi ekonomi, kata seorang penganalisis.
30hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad dan Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh aliran meningkat serantau di pasaran niaga hadapan getah, kata peniaga.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Program CEO Series 2026 REHDA Institute yang dijadualkan pada 15 Januari ini, akan menumpukan aspek penilaian suasana ekonomi serta isyarat dasar yang akan mempengaruhi persekitaran perniagaan dan pelaburan di Malaysia sepanjang 2026.