Terdapat 331 berita berdasarkan kata kunci carian " panduan"

SC Lancar Dua Inisiatif Bagi Memacu Penerimaan Panduan Maqasid Al-Syariah Dalam ICM

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini melancarkan siri buku 40 Hadis mengenai kemampanan dan transaksi jualan beretika untuk menggalakkan pemahaman perspektif Islam lebih mendalam mengenai kemampanan dan etika Islam dalam urus niaga komersial.

Pegawai Kanan Ekonomi Nilai Pencapaian Pelan Tindakan AEC, Sedia Lancar Fasa Seterusnya

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Kemajuan dan hasil daripada inisiatif berdasarkan Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2015 dan Pelan Tindakan AEC 2025 merupakan antara perbincangan utama dalam Mesyuarat Persediaan Pegawai Kanan Ekonomi (Prep-SEOM) untuk mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AECC) ke-25 yang akan diadakan esok.

Malaysia Terjemah Kekuatan Pusat Data Kepada Manfaat Ekonomi Mampan

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Kemunculan Malaysia sebagai peneraju utama pusat data serantau pada masa ini semakin ketara, namun langkah berani selanjutnya oleh negara ini adalah dengan memastikan ledakan infrastruktur digital ini memberikan penggandaan ekonomi penting meliputi industri dan komuniti.

Malaysia Autoshow 2025 Jana Potensi Jualan Bernilai RM1.72 Bilion - MARii

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) yang melabuhkan tirainya baru-baru ini merupakan edisi paling berjaya apabila mencatat rekod kehadiran 294,062 pengunjung serta menjana potensi jualan sebanyak RM1.72 bilion, menurut Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).

Pulau Pinang Aktif Jalankan Misi Pelaburan, Perdagangan Bagi Kurangkan Impak Tarif AS

GEORGE TOWN, 19 Mei (Bernama) -- Pulau Pinang menerusi agensi pelaburan negeri, Invest Penang aktif menjalankan misi pelaburan dan perdagangan ke negara-negara asing bagi mengurangkan impak kenaikan tarif Amerika Syarikat (AS) kepada ekonomi negeri.

BNM Pastikan Dasar Monetari Kekal Kondusif Bagi Pertumbuhan Ekonomi

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) masih belum membuat sebarang keputusan berhubung Kadar Dasar Semalaman (OPR), tetapi bank pusat itu akan memastikan dasar monetarinya kekal kondusif bagi pertumbuhan ekonomi yang mampan di tengah-tengah kestabilan harga, kata Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Malaysia Pertingkat Kemantapan Semikonduktor Susulan Langkah AS Batal Sekatan Eksport Cip

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Malaysia berpeluang mendapat akses lebih luas dalam cip semikonduktor termaju berikutan langkah Washington menarik balik sekatan ke atas eksport cip, yang boleh mendorong negara berkembang daripada kekuatan sedia ada dalam pembungkusan dan pengujian peringkat pertengahan, kepada reka bentuk cip huluan bernilai tinggi.

Sektor Maritim Tidak Kalis Perang Tarif, Syarikat Kecil Terjejas

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Sektor maritim Malaysia termasuk pelabuhan, tidak kalis terhadap impak dari perang tarif, yang berpotensi menjejaskan banyak syarikat kecil jika kos kargo perkapalan melonjak.

Pencalonan Anugerah Kecemerlangan Digital PIKOM 2025 Kini Dibuka

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia (PIKOM) secara rasminya membuka pencalonan bagi Anugerah Kecemerlangan Digital PIKOM (PDEA) 2025.

Untung Bersih Westports Naik Sembilan Peratus Kepada RM222.46 Juta Pada Suku Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Westports Holdings Bhd pada suku pertama yang berakhir 31 Mac 2025 meningkat sebanyak sembilan peratus kepada RM222.46 juta daripada RM204.51 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Sains & Teknologi, Inovasi Akan Pacu Wawasan Ekonomi Digital Dan Hijau ASEAN - Tengku Zafrul

SERDANG, 8 Mei (Bernama) --  ASEAN perlu menerima guna sains dan teknologi serta mencipta inovasi untuk memperkasa wawasan ekonomi digital dan hijau rantau ini secara mampan, bagi membantu mencapai cita-citanya menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2030.

AirAsia Malaysia Gantung Penerbangan Amritsar Susulan Penutupan Lapangan Terbang

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- AirAsia Malaysia telah menggantung sementara, penerbangan masuk dan keluar dari Amritsar, India berikutan penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa Sri Guru Ramdas Jee Amritsar.