9bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa ke paras tertinggi dalam 34 bulan, selepas China mengumumkan pakej rangsangan yang bertujuan mencergaskan kembali ekonominya.
9bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan prestasi memberangsangkan saham global dan juga serantau yang dipengaruhi oleh prestasi positif di Wall Street semalaman dan pengumuman pakej rangsangan oleh China untuk merancakkan ekonominya.
9bulan ago
GEORGE TOWN, 24 Sept (Bernama) -- Affin Bank Bhd menjangkakan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia kekal memberangsangkan pada lima peratus tahun ini dan pada 5.2 peratus tahun depan meskipun berhadapan kemungkinan kecil kemelesetan global.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa semua pihak tanpa mengira ideologi politik supaya menyokong usaha Kerajaan MADANI memulih dan mengukuhkan ekonomi negara dalam situasi nilai ringgit yang kian mengukuh.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Malaysia menyaksikan prestasi ekonomi yang memberangsangkan pada Julai 2024, dengan indeks terkemuka (LI) mencatatkan 5.2 peratus, mencecah 115.1 mata berbanding 109.4 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
9bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan sesi pagi dalam wilayah positif pada Selasa, sejajar dengan bursa serantau dan disokong oleh langkah rangsangan baharu oleh China, menurut penganalisis.
9bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam untuk dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi positif Wall Street semalaman, kata penganalisis.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tinggi semasa awal dagangan pada Selasa, menjejaki prestasi pasaran tunai.
9bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Ringgit mencecah kembali paras RM4.19 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka pada Selasa, dipacu oleh Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia yang lebih rendah daripada jangkaan serta pengurangan kadar faedah Rizab Persekutuan AS sebanyak 50 mata asas.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bank pelaburan menjangkakan inflasi keseluruhan akan berada dalam julat antara 2.0 peratus dan 2.3 peratus tahun ke tahun (yoy) untuk baki tahun 2024.
9bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin apabila kadar inflasi domestik yang lebih rendah membantu ringgit meneruskan kenaikan yang dicatatkan baru-baru ini, kata penganalisis.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.