BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Kelantan Red Warrior FC 0-2 DPMM FC | Piala Malaysia: Melaka FC 2-2 Sabah FC | Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya, PPS terakhir di Balai Raya Sebauh, Bintulu ditutup 4 petang tadi - JPBN Sarawak | Piala Malaysia: Imigresen FC 0-0 Negeri Sembilan FC | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Semasa Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tinggi semasa awal dagangan pada Selasa, menjejaki prestasi pasaran tunai.

Pada pukul 9.18 pagi, September 2024 menambah 8.5 mata kepada 1,669.0, Oktober 2024 naik 8.0 mata kepada 1,672.0, Disember 2024 meningkat 7.0 mata kepada 1,676.0 dan Mac 2025 menokok 9.0 mata kepada 1,663.0.

Jumlah dagangan 1,422 lot manakala kepentingan terbuka pada 48,289 kontrak.

FBM KLCI meningkat 1.96 mata kepada 1,667.26 selepas 40 minit dagangan.

-- BERNAMA