BERITA TERKINI   Dadah bernilai RM4.36 juta dirampas, 10 ditahan dalam operasi di Johor Bahru dan Batu Pahat - Polis | Untung bersih Affin Bank meningkat 1.5 peratus kepada RM135.49 juta pada suku pertama 2026 daripada RM124.08 juta sebelum ini | Agong berkenan dipersembahkan buku terbitan Bernama di Istana Negara hari ini | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah Seiring Prestasi Di Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar. 

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2024 merosot 13.5 mata kepada  1,660.5, Oktober 2024 berkurang 12.0 mata kepada 1,664.0, Disember 2024 merosot 11.0 mata kepada 1,669.0 dan Mac 2025 susut 13.0 mata kepada 1,654.0.  

Jumlah dagangan meningkat kepada 15,175 lot daripada 11,590 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 59,534 kontrak daripada 57,254 kontrak semalam.  

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.52 mata atau 0.21 peratus kepada 1,665.30 daripada paras penutup 1,668.82 pada Jumaat.

-- BERNAMA