4bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Ekspo Smart City Kuala Lumpur (SCEKL) 2025 yang akan berlangsung daripada 17-19 Sept, 2025 bakal memberi tumpuan kepada empat bidang utama, berteraskan tema “AI Cities: Shaping Our Digital Futures”.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Cabang penyelidikan dan anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), PNB Research Institute Sdn Bhd (PNBRI), hari ini melancarkan laporan bertajuk “Realiti dan Prospek Kelestarian dalam Kalangan Pekebun Kecil Sawit di Malaysia” yang menekankan cabaran semasa dan akan datang dalam amalan kelestarian.
4bulan ago
KUCHING, 12 Sept (Bernama) -- Kerajaan Sarawak mengulangi komitmennya untuk menjadikan negeri itu sebagai hab serantau bagi pembuatan dan semikonduktor termaju, berteraskan tenaga boleh baharu, infrastruktur yang mantap dan pembangunan tenaga kerja.
4bulan ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mesti dilihat sebagai penyelesaian barisan hadapan yang kritikal bagi melengkapkan tenaga kerja di Malaysia dengan kemahiran bagi industri pertumbuhan tinggi seperti semikonduktor, tenaga boleh baharu dan kenderaan elektrik, kata seorang pakar ekonomi.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Kesatuan Eropah (EU) secara rasmi mengiktiraf pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sebagai piawaian kemampanan yang boleh dipercayai dengan sistem kebolehkesanan digital berstandard tinggi yang dapat membantu pengendali mematuhi Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan EU (EUDR).
4bulan ago
OSAKA, 10 Sept (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) menegaskan komitmen Malaysia untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050 di samping menekankan peranannya dalam memajukan integrasi tenaga ASEAN ketika berlangsungnya Minggu Tenaga di Pavilion Malaysia pada acara dunia, Expo 2025 Osaka, di sini.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Penyertaan Malaysia dalam acara Expo 2025 Osaka turut mengetengahkan agenda peralihan tenaga negara, termasuk peranan penting Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dalam menonjolkan kepimpinan ekonomi dan perindustrian di persada dunia.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Kumpulan AmBank akan terus memperkukuh kerjasama strategiknya dengan bank-bank serta entiti terkemuka dari China bagi menyokong kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Unit penyelesaian tenaga luar pesisir dan pengeluaran, penyimpanan serta pemunggahan terapung (FPSO) milik Yinson Holdings Bhd iaitu Yinson Production memeterai perjanjian kerjasama dengan syarikat Norway, Carbon Circle AS.
4bulan ago
PUTRAJAYA, 9 Sept (Bernama) -- Malaysia menzahirkan komitmennya terhadap kelestarian dan tindakan iklim di Ekspo 2025 Osaka menerusi program Minggu Ke-22 di Pavilion Malaysia yang berlangsung dari 8 hingga 14 Sept.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia melihat penganjuran Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Kereta Api ASEAN ke-45 (ARCEOs) sebagai kesinambungan bermakna kepada agenda kepengerusian negara.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Tadbir urus yang baik harus dilihat sebagai aset strategik, ia merupakan tonggak kredibiliti dalam pasaran kewangan seterusnya menjadi daya tarikan untuk pelaburan dan memberi jaminan bahawa kemajuan akan dikongsi secara adil, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.