10bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- EDOTCO Malaysia dan Digital Nasional Bhd (DNB) menjalin kerjasama dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) untuk menjadikan Langkawi sebagai hab pelancongan digital pertama di Malaysia yang menyokong perkhidmatan 5G.
10bulan ago
ARAU, 14 Mac (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan RM9 bilion dapat dijana daripada penjualan kayu getah terawat menerusi program tanam semula di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Prospek sektor utiliti Malaysia kekal cerah memandangkan ruang tenaga boleh baharu mempunyai potensi pertumbuhan yang kukuh, dengan beberapa pemacu utama bersedia untuk meningkatkan prestasi jangka masa pendeknya.
10bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) muncul sebagai indeks yang mencatatkan prestasi tertinggi di rantau ini hari ini, meningkat 1.69 peratus apabila melantun semula daripada penurunan lima hari, dipacu oleh aktiviti membeli saham berharga rendah.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh dan sayap industri hijau UEM Group Bhd, UEM Lestra Bhd (UEM Lestra) bekerjasama dengan ACWA Power dari Arab Saudi untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan dan bersama-sama membangunkan loji penjanaan tenaga dan air bebas (IWPP) boleh baharu di Malaysia.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Harga saham Kerjaya Prospek Group Bhd susut pada sesi dagangan awal hari ini walaupun anak syarikat milik penuhnya telah memperoleh kontrak kedua tahun ini.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd menerima kontrak daripada Persada Mentari Sdn Bhd (PMSB) untuk menyiapkan kerja tanah dan cerucuk bagi cadangan membina pangsapuri perkhidmatan di Pulau Pinang, bernilai RM51.03 juta.
10bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah yang muncul selepas penjualan besar-besaran baru-baru ini.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Malaysia merekodkan peningkatan transaksi hartanah komersial, didorong oleh individu bernilai bersih tinggi (HNWI) dan pelabur institusi yang mahu mencari nilai jangka masa panjang, sekali gus mencerminkan trend global, menurut Knight Frank Malaysia.
10bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran serantau berikutan kebimbangan terhadap peningkatan ketegangan perang perdagangan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Indeks Pengurus Pembelian (IPP) pembuatan Malaysia oleh S&P Global yang terlaras secara bermusim meningkat kepada 49.7 pada Februari 2025, bacaan tertinggi dalam tempoh sejak Ogos tahun lepas, menurut S&P Global.
11bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan indeks petunjuk pasaran turun 0.75 peratus sejajar dengan prestasi pasaran serantau lain apabila sentimen pelabur terjejas susulan pengumuman tarif oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.