9bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd mencatatkan kenaikan dalam keuntungan bersihnya kepada RM92.74 juta pada suku kedua (S2) berakhir 30 Sept, 2024 daripada RM41.57 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Amanah pelaburan hartanah (REIT), CapitaLand Malaysia Trust (CLMT) setakat ini meraih pinjaman berkaitan kemampanan berjumlah RM752 juta.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives pulih daripada penurunan semalam untuk ditutup tinggi pada Rabu, dipacu minat belian baharu susulan ketegangan di Timur Tengah dan ketidaktentuan politik di Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu.
9bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari ketiga berturut-turut, mencerminkan prestasi indeks saham Amerika Syarikat (AS) yang lembap selepas sehari dagangan bercampur-campur, kata penganalisis.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Larian amal korporat utama Bursa Malaysia - Bursa Bull Charge (BBC2024) kembali untuk edisi kelapan, menghimpunkan peserta dari sektor korporat dan pasaran modal bagi mengumpul dana kira-kira RM1 juta.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd (Kerjaya) meraih dua kontrak bernilai RM34.43 juta daripada anak syarikat milik penuh Kerjaya Prospek Property Bhd (KPPB), syarikat milik pengarah dan pemegang saham utama tertentu Kerjaya.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Capital A Bhd bercadang mengurangkan modal saham terbitannya sehingga RM6 bilion sebagai sebahagian daripada pelan regularisasi untuk keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Dagangan di Bursa Malaysia terus meningkat pada tengah hari Rabu, disokong oleh minat belian sederhana terhadap saham-saham wajaran tinggi dan seiring prestasi pasaran serantau, kata penganalisis.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka meningkat pada sesi dagangan awal pada Rabu seiring dengan prestasi asas pasaran tunai.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat dalam sesi dagangan awal pada Rabu walaupun prestasi semalaman Wall Street bercampur-campur ketika peniaga menjangkakan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) melaksanakan penurunan kadar faedah kurang agresif pada bulan depan, kata penganalisis.
9bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan lebih tinggi pada Selasa susulan jangkaan penyusutan pengeluaran dalam minggu-minggu mendatang.