BERITA TERKINI   Pelaku jenayah dalam kawasan sekolah akan dihadapkan ke muka pengadilan - Saifuddin Nasution | PDRM jamin siasatan telus, profesional insiden jenayah dalam kawasan sekolah - Saifuddin Nasution | Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia di Johor berjaya tarik minat 104 pelabur berpotensi dengan anggaran pelaburan berjumlah RM29.51 bilion setakat ini - PM Anwar | JS-SEZ terus tunjuk momentum luar biasa tarik pelaburan strategik antarabangsa, catat pelaburan diluluskan cecah RM37 bilion pada separuh pertama tahun ini - PM Anwar | Sindiket pengedaran dadah tumpas, rampasan bernilai RM5.33 juta - Ketua Polis Johor | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka meningkat pada sesi dagangan awal pada Rabu seiring dengan prestasi asas pasaran tunai.

Pada 9.30 pagi, kontrak Oktober 2024 naik 3.0 mata kepada 1,645.5, November 2024 meraih 3.5 mata kepada 1,649.5, Disember 2024 menokok 2.0 mata kepada 1,652.0 dan Mac 2025 menambah 1.5 mata kepada 1,640.0.

Jumlah dagangan sebanyak 633 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,586 kontrak.

Indeks petunjuk utama FBM KLCI naik 1.42 mata kepada 1,643.96 selepas 50 minit dagangan dijalankan.

-- BERNAMA