BERITA TERKINI   Ahli Parlimen Padang Serai Azman Nasrudin didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan bersubahat kes rasuah | PM Anwar mahu Kementerian Kerja Raya ambil tindakan tegas terhadap kontraktor laksana projek sambil lewa, tidak ikut jadual | Kestabilan politik pacu pertumbuhan ekonomi, kurangkan pengangguran dan rekod kadar kemasukan pelaburan tertinggi - PM Anwar | Kestabilan politik harus dimanfaatkan untuk rancang, laksana program yang jelas untuk kebaikan rakyat - PM Anwar | 1,252 individu terima tawaran pekerjaan melalui sesi temu duga terbuka sepanjang program Rancakkan MADANI - PACU | 

Terdapat 1855 berita berdasarkan kata kunci carian " china"

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Susulan Ringgit Lemah, Gangguan Bekalan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin disokong oleh ringgit yang lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selain berlaku gangguan bekalan akibat cuaca buruk di Thailand, kata seorang peniaga. 

Pelabur Asing Jual Ekuiti Bernilai RM1.1 Bilion Minggu Lepas

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Pelabur asing melepaskan pegangan ekuiti di Bursa Malaysia pada minggu lepas dengan nilai jualan bersih RM1.10 bilion, tertinggi dalam tempoh 18 minggu, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).

Sektor GBS Malaysia Perlu Tumpu Impak Digital, Pembangunan Bakat Bagi Kekalkan Kelebihan Daya Saingnya

PETALING JAYA, 6 Okt (Bernama) -- Walaupun Malaysia berada di kedudukan antara tiga hab perkhidmatan perniagaan global (GBS) terbaik dunia, didorong terutamanya oleh kelebihan dari segi kos, negara juga perlu memberi lebih penekanan kepada impak digital dan pembangunan bakat untuk mengekalkan kelebihan daya saingnya.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniaga Dengan Kecenderungan Menaik Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik di tengah-tengah kenaikan harga minyak mentah dan minyak kacang soya, kata seorang peniaga.

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Dalam Julat Terhad Dengan Kecenderungan Meningkat Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Pasaran getah tempatan dijangka diniagakan dalam julat terhad dengan kecenderungan meningkat, berikutan kebimbangan berterusan perubahan iklim yang lebih ekstrem disebabkan keadaan cuaca yang tidak boleh dijangkakan, kata pakar industri Denis Low.

Dagangan Di Bursa Malaysia Dijangka Kekal Berhati-hati Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Dagangan berhati-hati dijangka berterusan di Bursa Malaysia minggu depan, didorong oleh prospek lemah terhadap ekonomi global berikutan ketegangan geopolitik yang meningkat di Timur Tengah.

Syarikat Malaysia Dijangka Jana Potensi Jualan RM3 Bilion Di Canton Fair - ES Event

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- ES Event Management Sdn Bhd (ES Event) menjangkakan syarikat Malaysia menjana potensi jualan bernilai RM3 bilion dalam acara Canton Fair 2024 pada 15 Okt-5 Nov ini di Guangzhou, China.

Isu Timur Tengah, Ekonomi Global Heret Turun Bursa Malaysia

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah pada Jumaat, ditekan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang diterajui oleh kaunter telekomunikasi dan media susulan kebimbangan mengenai ketidaktentuan ekonomi global.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Sejajar Dengan Pasaran Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat, menjejaki prestasi pasaran serantau, kata peniaga.

Industri Semikonduktor Malaysia Perlu Dipelbagaikan Bagi Perkukuh Kedudukan Global

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Industri semikonduktor Malaysia perlu dipelbagaikan dan tidak terlalu bergantung kepada syarikat multinasional dan keupayaan pembuatan untuk memperkukuh kedudukannya di pasaran global, terutama dalam menghadapi potensi gangguan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Belanjawan 2025: Tenaga Boleh Diperbaharui, Pengurusan Alam Sekitar Perlu Diutamakan

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Penggunaan dan penyelidikan tenaga boleh diperbaharui, sokongan kepada penyelidikan serta penguatkuasaan pengurusan alam sekitar antara aspek perlu dititikberatkan dalam Belanjawan 2025 sekali gus memacu pertumbuhan mampan berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Bursa Malaysia Ditutup Bercampur-campur Disokong Belian Lewat Saham Wajaran Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia berjaya pulih daripada penurunan sebelumnya untuk ditutup bercampur-campir pada Khamis apabila indeks utama mendapat sokongan daripada pembelian lewat dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui kaunter perkhidmatan kewangan.