BERITA TERKINI   Komuniti MADANI perlu berada di hadapan untuk benar-benar memahami keresahan rakyat dan melakukan intervensi - Fahmi | Krisis Bekalan Global: Sebarang dasar dilaksana secara berhati-hati, bersasar dan bersifat sementara - Akmal Nasrullah | Ketua Menteri Tamil Nadu, Vijay, melahirkan komitmen untuk memupuk kerjasama yang lebih erat, memperkukuh ikatan persahabatan dengan Malaysia | Orang ramai digalakkan muat turun aplikasi RTM Klik untuk menonton Piala Dunia FIFA 2026 secara percuma - Fahmi | Papan Pemuka Pemantauan Krisis Bekalan Global dijangka boleh diakses orang awam bermula 15 Mei ini - Akmal Nasrullah | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Jumaat, dipengaruhi sentimen yang lemah dari pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen berhati-hati tercetus dalam pasaran berikutan pilihan raya presiden Amerika Syarikat akan datang, di samping konflik geopolitik yang semakin meningkat di Timur Tengah.

"Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dihadkan oleh kenaikan harga minyak mentah penanda aras dan data ekonomi China yang positif," katanya kepada Bernama.

Pada 5 petang, harga minyak mentah Brent naik 2.62 peratus kepada US$74.72 setong.

Menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM), harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) susut 6.5 sen kepada 860.0 sen sekilogram, manakala lateks pukal turun lima sen kepada 731.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang, SMR 20 berada pada 862.5 sen sekilogram, lateks pukal pada 726.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA