Terdapat 2895 berita berdasarkan kata kunci carian " tempoh"

MARC Ratings Kekalkan Penarafan AAA Untuk Malaysia

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- MARC Ratings mengekalkan penarafan berdaulat maklumat awam ke atas Malaysia pada AAA dengan tinjauan stabil berdasarkan skala penarafan nasional agensi penarafan kredit itu.

Maybank Alami Gangguan, Perkhidmatan DuitNow Terjejas

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) memaklumkan bahawa perkhidmatannya sedang mengalami gangguan yang menjejaskan DuitNow, termasuk pembayaran QR, pemindahan wang, pembayaran bil serta transaksi berkaitan.

Dasar Komprehensif Mampu Perkasa Ekonomi Labuan - Ahli Ekonomi

LABUAN, 24 Dis (Bernama) -- Satu rangka kerja dasar yang komprehensif dan berpandangan jauh perlu diwujudkan bagi membangunkan semula ekonomi Labuan dengan memanfaatkan sepenuhnya lokasinya yang strategik, status Wilayah Persekutuannya dan ekosistem kewangan luar pesisirnya yang mantap.

Ringgit Cecah Paras Tertinggi Dalam Lima Tahun Berbanding Dolar AS Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Ringgit melonjak ke paras tertinggi baharu dalam tempoh lima tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan Rabu, disokong penurunan mata wang itu susulan penyusutan Indeks Dolar AS (DXY).

Komitmen Kerajaan MADANI Pastikan Setiap Pelaburan Beri Pulangan Kepada Rakyat - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa komitmen Kerajaan MADANI

PKNS FMI Terbit Laporan Kemampanan, ESG Pertama papar Prestasi Dan Inisiatif 

Oleh Nadia Jumri

SHAH ALAM, 23 Dis (Bernama) -- PKNS FM Integrated Sdn Bhd (PKNS FMI) menerbitkan Laporan Kemampanan serta Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) pertama yang memaparkan prestasi serta inisiatif berkaitan kemampanan syarikat bagi tempoh 1 Jan, 2024 hingga 30 Mei, 2025.

Ringgit Melonjak Ke Paras Tertinggi Sejak Awal Mac 2021

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Ringgit mencecah paras 4.0615 hari ini berbanding dolar AS, paras tertingginya sejak awal Mac 2021, apabila jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) terus memberi tekanan terhadap dolar AS.

Anak Syarikat CBH Engineering Dapat Projek Bernilai RM130 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh CBH Engineering Holdings Bhd, CBH Engineering Sdn Bhd telah menerima dua surat anugerah (LOA) daripada sebuah syarikat untuk pembangunan stesen pendaratan yang bernilai RM130 juta di pusat data.

KPF Proses Permohonan Pengeluaran Modal Syer RM909.85 Juta Untuk Tempoh 2020-2025

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd (KPF) memproses permohonan pengeluaran modal syer berjumlah RM909.85 juta bagi tempoh 2020 hingga 2025 dengan bayaran penuh RM543.6 juta bagi tahun 2020 hingga 2023.

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih rendah, dipengaruhi oleh penjualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran sentimen pasaran serantau yang memberangsangkan.

Indeks Pelopor Malaysia Naik 3.6 Peratus Pada Oktober 2025 -- DOSM

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Prestasi tahunan Indeks Pelopor (IP) pada Oktober 2025 lebih memberangsangkan dengan mencatatkan kenaikan 3.6 peratus kepada 116.2 mata daripada 112.2 mata pada tempoh yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pertumbuhan KDNK Malaysia Dijangka Sederhana Kepada 4.2 Peratus Pada 2026 - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 2026 dijangka sederhana kepada 4.2 peratus daripada anggaran sebanyak 4.8 peratus pada 2025, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).