BERITA TERKINI   Kelayakan Piala Asia 2027: Vietnam 3-1 Malaysia | Jabatan Peguam Negara akan ambil tindakan lanjut terhadap Bloomberg - KSN | Kerajaan nafi dakwaan Bloomberg bahawa PM minta jawatankuasa khas tangguh pendedahan siasatan pemilikan saham Azam Baki - KSN | Kerajaan kekalkan bantuan BUDI Diesel RM300 bagi April yang akan disalurkan mulai 8 April, manfaatkan 340,000 penerima dengan peruntukan RM102 juta - MoF | Kerajaan MADANI terus bertindak proaktif berlandaskan data dan realiti semasa supaya langkah diambil bersifat menyeluruh, berimbang dan berkesan dalam menghadapi krisis tenaga global - PM Anwar | 

Anak Syarikat CBH Engineering Dapat Projek Bernilai RM130 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh CBH Engineering Holdings Bhd, CBH Engineering Sdn Bhd telah menerima dua surat anugerah (LOA) daripada sebuah syarikat untuk pembangunan stesen pendaratan yang bernilai RM130 juta di pusat data.

CBH Engineering melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata kontrak itu melibatkan reka bentuk, pemasangan dan penyiapan serta pembekalan bahan untuk pengembangan Stesen Pendaratan Pengguna berkapasiti 275 kV (kiloVolt) sedia ada di pusat data yang terletak di wilayah selatan Semenanjung Malaysia.

"Kontrak itu akan dilaksanakan dalam tiga fasa. Fasa 1 akan bermula pada 23 Dis 2025 iaitu tarikh menandatangani LOA dan dijangka selesai menjelang 30 April 2026.

"Fasa 2 dan 3 akan disiapkan dalam tempoh tujuh bulan dari tarikh arahan bertulis syarikat tersebut, dengan syarat bahawa arahan tersebut dikeluarkan dalam tempoh sah LOA berkenaan," katanya.

Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan, pendapatan sesaham, aset bersih dan penggearan syarikat sepanjang tempoh kontrak.

-- BERNAMA