Terdapat 1688 berita berdasarkan kata kunci carian " dun"

Kerajaan Perlu Sedia Insentif Pembiayaan Hijau Kepada PMKS

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) --  Kerajaan digesa untuk menyediakan insentif pembiayaan hijau yang dipadankan kepada pengusaha-pengusaha mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bagi menggalakkan peralihan ke arah dekarbonisasi negara.

China Southern Tambah Penerbangan Harian Bagi Laluan Guangzhou-Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 4 Dis (Bernama) -- China Southern Airlines akan meningkatkan penerbangan terus Guangzhou–Pulau Pinang daripada dua kepada tiga perkhidmatan harian bermula 28 Disember, sekali gus mengukuhkan kesalinghubungan udara menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

PSP Energy Perluas Perniagaan Bahan Api Marin Dengan Hab Bunkering Di Melaka

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- PSP Energy Bhd menyasarkan untuk memperluas perniagaan bahan api marinnya dengan pembangunan hab bunkering di Pelabuhan Tanjung Bruas, Melaka.

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Naik 3 Sen Mulai 4 Dis

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara meningkat tiga sen seliter masing-masing, kepada RM3.29 dan RM2.66 seliter, bagi tempoh 4 hingga 10 Disember ini.

Investpenang, Intel Terus Bekerjasama Rapat Dalam Menyokong Peralihan Teknologi Generasi Baharu

GEORGE TOWN, 3 Dis (Bernama) -- InvestPenang dan Intel Corporation akan terus bekerjasama rapat untuk memperkukuh Pulau Pinang memandangkan negeri itu kini beralih ke bidang kritikal pembungkusan termaju cip semikonduktor dan penggunaan teknologi generasi baharu.

Belanjawan Sabah 2026 Dibentang 12 Dis Ini - Masidi

KOTA KINABALU, 3 Dis (Bernama) -- Kerajaan Sabah yang baru dibentuk pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 dijadualkan membentangkan Belanjawan Sabah 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 12 Disember ini.

ASEAN Mesti Selaras Peraturan Untuk Kekal Daya Saing Yang Mampan -- Setiausaha Agung ASEAN

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- ASEAN mesti menyelaraskan peraturan, mempercepatkan pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) serta menyelaraskan piawaian digital dan kemampanan bagi memaksimumkan potensi Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) untuk menjamin daya saing yang mampan.

Malaysia Disaran Majukan Teknologi Rantaian Nilai, Tidak Bergantung Pencapaian Lampau

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Malaysia perlu memajukan rantaian nilai teknologi bagi meningkatkan daya saing dan tidak bergantung kepada pencapaian lampau untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi.

ASEAN Dijangka Catat Pertumbuhan Digital Lebih Kukuh Seiring Peningkatan Penggunaan AI - AWS

LAS VEGAS, 3 Dis (Bernama) -- ASEAN dijangka mencatat pertumbuhan ekonomi digital yang lebih kukuh dalam tempoh dua tahun akan datang, disokong oleh permintaan awan yang semakin meningkat dan pelaksanaan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA).

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh kebimbangan berterusan mengenai bekalan getah asli di Thailand, pengeluar getah terbesar dunia, kata peniaga.

Kerajaan Bakal Bina Ekosistem Bantu Industri Berinovasi Dalam Era Digital -- Gobind

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Kerajaan bertanggungjawab untuk mewujudkan ekosistem yang membolehkan pihak industri berinovasi dan berkembang maju dalam era digital, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Kerajaan Komited Penyasaran Subsidi RON95, Tolak Cadangan Bank Dunia Ikut Harga Pasaran

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan kekal komited melaksanakan mekanisme penyasaran subsidi petrol RON95 menerusi program BUDI MADANI RON95 (BUDI95), sekali gus menolak cadangan Bank Dunia supaya harga bahan api ditetapkan mengikut harga pasaran.