1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Pemeteraian perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dapat memacu integrasi ekonomi secara lebih ketara selain memangkin pertumbuhan dan menggalakkan penyertaan ekonomi yang lebih besar bagi Malaysia dan republik itu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) — Malaysia sedang mempergiatkan usaha untuk memodenkan dan mengembangkan kedua-dua Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas tahun ini dari segi meningkatkan kapasiti, menambah baik jumlah aliran barang dan menjadikan Malaysia sebagai hab perdagangan serantau yang penting, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kembali bangkit pada akhir dagangan Selasa berbanding penyusutan semalam, didorong oleh aktiviti memburu saham berharga rendah di tengah-tengah momentum positif semalaman Wall Street dan prestasi pasaran serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Proton Holdings Bhd menamatkan tahun 2024 dengan mencatat jualan tertinggi selepas berjaya menjual 14,601 unit kenderaan pada Disember, peningkatan 19.7 peratus berbanding bulan sebelumnya dan merupakan angka jualan kedua tertinggi untuk tahun itu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Pengambilalihan baki saham oleh pemberi tawaran bersama saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi pihak Gateway Development Alliance Sdn Bhd, Pantai Panorama Sdn Bhd, Kwasa Aktif Sdn Bhd dan Gip Aurea Pte Ltd telah mencapai 75.73 peratus.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Institusi tempatan menyokong Bursa Malaysia bagi minggu ke-11 berturut-turut dengan jumlah belian bersih ekuiti domestik bernilai RM304.0 juta.
1tahun ago
KOTA KINABALU, 5 Jan (Bernama) -- Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM461 juta kepada 2,283 usahawan francais di seluruh negara sejak 2014.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) akan menubuhkan Konsortium Pembinaan Melayu melibatkan kontraktor kelas G1 hingga G7 untuk menyertai projek pembangunan seluas 50 ekar (20.23 hektar) tanah di Bandar Malaysia yang diwartakan sebagai tanah rizab Melayu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka kekal berhati-hati minggu depan berikutan pelabur bersiap sedia untuk memulakan 2025 dengan pendekatan berhati-hati, selain tumpuan kepada Hari Pelantikan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan pada 20 Januari, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Jumaat dengan lebih rendah, meneruskan penurunan susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat momentum peningkatan baru-baru ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHBIB) mengunjurkan jualan hartanah meningkat sebanyak 10 peratus tahun ke tahun pada 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Pelabuhan Tajung Pelepas (PTP) yang juga unit dengan pegangan 70 peratus MMC Corporation Bhd, menjadi terminal kontena pertama di Malaysia mengendalikan lebih 12.25 juta unit bersamaan 20 kaki (TEU) dalam tempoh satu tahun pada 2024.