BERITA TERKINI   Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani raih gelaran Masters Indonesia 2026 | 

Terdapat 2995 berita berdasarkan kata kunci carian "tenaga"

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi dalam dagangan awal hari ini, menjejaki prestasi Wall Street minggu lepas walaupun sentimen global yang perlahan berikutan musim cuti.

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan Berikutan Musim Cuti

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan tidak berubah minggu depan berikutan musim cuti terus menjejaskan aktiviti pasaran, kata seorang ahli ekonomi.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Pengambilan Untung

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit hari ini susulan aktiviti pengambilan untung mengakhiri rentetan kenaikannya selama lima hari dagangan.

Bursa Malaysia Susut Pada Tengah Hari Diasak Minggu Dagangan Singkat

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari Jumaat susulan aktiviti pengambilan untung yang ketara di tengah-tengah tempoh dagangan singkat berikutan cuti serta sentimen pasaran serantau yang bercampur-campur.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Ambil Untung

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih rendah berbanding peningkatan sebelum ini, ketika pelabur giat melakukan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih.

Pelarasan Tarif Asas Kemudahan Gas RP3 Tidak Jadikan Harga Gas Keseluruhan Lebih Tinggi - FMM

KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Pelarasan tarif asas kemudahan gas bagi Tempoh Kawal Selia Ketiga (RP3) dari Januari 2026 hingga Disember 2028 tidak menyebabkan peningkatan harga gas keseluruhan kepada pengguna akhir dalam tempoh terdekat, menurut Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

Ringgit Melonjak Kepada 4.04 Susulan Keyakinan Meningkat, Ahli Ekonomi Jangka Mata Wang Tempatan Kembali Ke Paras 3.82

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Berbaki kurang seminggu sebelum penutupan 2025, ringgit meneruskan momentum meningkat, diniagakan sekitar 4.04 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), paras tertinggi dalam tempoh hampir lima tahun.

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Tertinggi Dalam Tempoh Hampir 16 Bulan

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan hari ini meneruskan kenaikannya bagi sesi dagangan kelima berturut-turut susulan penyertaan kukuh dalam pasaran dan sentimen domestik yang semakin baik.

MARC Ratings Kekalkan Penarafan AAA Untuk Malaysia

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- MARC Ratings mengekalkan penarafan berdaulat maklumat awam ke atas Malaysia pada AAA dengan tinjauan stabil berdasarkan skala penarafan nasional agensi penarafan kredit itu.

Dasar Komprehensif Mampu Perkasa Ekonomi Labuan - Ahli Ekonomi

LABUAN, 24 Dis (Bernama) -- Satu rangka kerja dasar yang komprehensif dan berpandangan jauh perlu diwujudkan bagi membangunkan semula ekonomi Labuan dengan memanfaatkan sepenuhnya lokasinya yang strategik, status Wilayah Persekutuannya dan ekosistem kewangan luar pesisirnya yang mantap.

Aktiviti Pengambilan Untung Asak FBM KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Penanda aras Bursa Malaysia, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), dibuka rendah pada Rabu susulan aktiviti pengambilan untung sederhana selepas kenaikan baru-baru ini, dengan aktiviti dagangan lazimnya lebih perlahan pada minggu cuti.

Bursa Malaysia Teruskan Kenaikan Sesi Keempat Berturut-turut Susulan Belian Pelabur Institusi

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meneruskan momentum kenaikannya untuk sesi keempat berturut-turut dipacu oleh sokongan berterusan daripada pelabur institusi domestik.