10bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) penyedia perkhidmatan Teknologi Maklumat (IT) perusahaan, TechStore Bhd telah terlebih langgan sebanyak 96.66 kali sebelum ia disenaraikan pada Pasaran ACE Bursa Malaysia oleh pelabur runcit.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bursa Securities Bhd telah menolak permohonan Scomi Energy Services Bhd untuk lanjutan masa bagi penyerahan pelan penyusunan semulanya.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Syarikat berstatus PN17 (Nota Amalan 17), KNM Group Bhd, masih dalam proses merangka pelan untuk menyelaraskan keadaan kewangannya, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Maybank mengulangi komitmennya untuk membantu individu yang terjejas serta pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui program Bantuan Kewangan Banjir berikutan hujan lebat dan banjir yang melanda Sarawak dan Sabah baru-baru ini.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Weststar-GAP Aviation LDA, usaha sama antara Timor Gap-Timor Gas Petroleo EP dan Weststar Aviation Timor, Unipessoal, LDA telah memperoleh kontrak perkhidmatan pengangkutan helikopter dengan syarikat tenaga Australia, Santos NA (19-12) Pty Ltd bernilai US$40 juta atau RM175. 6 juta.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Datasonic Group Bhd, Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB) menerima lanjutan kontrak selama 12 bulan daripada Kementerian Dalam Negeri untuk membekalkan cip pasport Malaysia kepada Jabatan Imigresen.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Ekovest Bhd memperoleh lanjutan akhir selama enam bulan untuk meneruskan perbincangan mengenai cadangan penggabungan antara anak syarikat milik penuhnya, Ekovest Construction Sdn Bhd (ECSB) dengan Knusford Bhd.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Petronas telah memindahkan pengendalian Kontrak Perkongsian Pengeluaran Kluster Kebabangan (KBBC PSC) kepada ConocoPhillips Sabah Gas Ltd, anak syarikat kepada syarikat tenaga global ConocoPhillips.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Perbincangan bersama syarikat penjagaan kesihatan dan penyelesaian kecerdasan buatan (AI), Yidu Tech Inc berpotensi mewujudkan kerjasama bagi mengubah infrastruktur penjagaan kesihatan dan perubatan Malaysia.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Hasil pusat data ASEAN dijangka menyaksikan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 20 peratus menjelang 2028, menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Malaysia akan menangani isu pemerdagangan sisa di peringkat serantau dan global dalam kapasitinya sebagai pengerusi ASEAN tahun ini, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menjalin kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI) sebagai sebahagian daripada Inisiatif Kecerdasan Buatan Malaysia MADANI (MMAI).