BERITA TERKINI   Kerajaan negeri Kelantan umum Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am sempena Aidilfitri - MB | Subsidi diesel Sabah dan Sarawak dianggarkan RM4.6 billion untuk tahun ini jika harga semasa kekal - PM Anwar | Kerajaan peruntuk subsidi RM2 billion sebulan untuk kekalkan harga RON95 pada RM1.99 seliter - PM Anwar | Cuti tambahan Hari Raya pada Isnin (23 Mac) jika Aidilfitri jatuh pada Jumaat (20 Mac), atau pada Jumaat (20 Mac) jika Aidilfitri jatuh pada Sabtu (21 Mac) - PM Anwar | 

Keyfield International Raih RM56 Juta Untuk Perintah Kerja Daripada Petronas Carigali

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Keyfield International Bhd, Keyfield Offshore Sdn Bhd menerima anugerah perintah kerja (WOA) pada Disember 2024 dan lanjutan perintah kerja (WOE) pada November 2024 yang dikeluarkan oleh Petronas Carigali Sdn Bhd.

Keyfield International dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, perintah kerja tersebut bagi penyewaan dua unit bot kerja penginapan kedudukan dinamik, untuk Petronas Carigali di bawah Kontrak Kontraktor Panel bagi Perkhidmatan Kapal Sokongan Luar Pesisir.

"Tertakluk kepada hak penyewa di bawah kontrak, WOA dan WOE mempunyai tempoh lima hingga enam bulan bermula dari tarikh permulaan masing-masing.

"Kedua-duanya bermula pada Januari 2025 dan mempunyai nilai gabungan kira-kira RM56 juta," katanya.

Keyfield International berkata WOA dan WOE dijangka memberikan sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersihnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.

Pada penutup dagangan, harga saham Keyfield International merosot dua sen kepada RM2.33.

-- BERNAMA