3bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka mengekalkan momentum positif minggu depan, disokong oleh minat belian yang berterusan melepasi paras psikologi 1,600.
3bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan susulan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) yang akan datang.
3bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan dengan jajaran kecil antara US$4,050 hingga US$4,100 setiap auns apabila para peserta pasaran menilai semula kedudukan mereka di tengah-tengah aktiviti pengambilan untung.
3bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini apabila para pelabur menjadi lebih berhati-hati menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS.
3bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, menjelang laporang inflasi AS yang akan dikeluarkan malam ini, kata seorang penganalisis.
3bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia pulih daripada penurunan sebelumnya untuk ditutup pada paras tertinggi intra harinya hari ini, disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah yang sederhana dalam beberapa saham wajaran tinggi indeks utama.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.5 peratus pada September 2025 dengan mata indeks mencatatkan 135.2 berbanding 133.2 pada tempoh sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan minit awal dagangan Rabu dengan meningkat sedikit namun susut kemudiannya walaupun prestasi semalaman Wall Street positif apabila pelabur melihat tiada perkembangan ketara dalam meredakan perang dagangan serta kebimbangan mengenai penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang berlanjutan.
3bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Ringgit kekal ditutup kukuh berbanding dolar AS hari ini di tengah-tengah kelemahan dolar AS susulan kenyataan pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), Jerome Powell yang membayangkan penurunan kadar faedah.
3bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini disebabkan oleh kenaikan dalam niaga hadapan getah serantau yang disokong oleh kebimbangan mengenai bekalan getah asli susulan musim hujan yang berterusan di negara pengeluar utama, kata seorang peniaga.
3bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Senario takaful di Malaysia dan Indonesia sedang meningkatl dengan penganalisis mengunjurkan pasaran akan melonjak kepada US$5.4 bilion (US$1=RM4.22) menjelang 2033.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan global diunjurkan perlahan kepada 3.1 peratus pada 2026 berbanding 3.2 peratus tahun ini daripada 3.3 peratus pada 2024, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).