Terdapat 737 berita berdasarkan kata kunci carian " maybank"

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih tinggi, didorong oleh limpahan positif ke atas pasaran tempatan susulan peningkatan semalaman Wall Street ketika anggota Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) bertindak bagi mengakhiri penutupan operasi kerajaan negara maju itu.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Data Ekonomi Positif Dorong Keyakinan Pelabur

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh data ekonomi domestik dan global yang semakin positif sekali gus mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap prospek pertumbuhan jangka pendek Malaysia.

Maybank Sedia Pembiayaan, Pelaburan RM15 Bilion Di JS-SEZ

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) menyediakan lebih RM15 bilion di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang merangkumi kira-kira RM10 bilion pembiayaan diluluskan dan sehingga RM5.35 bilion menerusi minat pelaburan melalui surat hasrat (LOI) daripada pelanggan.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari ini dengan sokongan belian yang kukuh di kaunter saham wajaran tinggi.

Westports, Maybank Islamic Teroka Peluang Daripada Pasaran Halal Di China Bernilai AS$217 Bilion

SHANGHAI, 7 Nov (Bernama) -- Ketika Malaysia berusaha untuk memainkan peranan lebih kukuh dalam logistik halal global, pengendali pelabuhan utama Westports Holdings Bhd sedang meneroka peluang untuk memanfaatkan pasaran makanan dan minuman halal China yang berkembang pesat, diunjurkan mencecah AS$217.10 bilion menjelang 2034 (AS$1 = RM4.18).

PNB Merdeka Ventures Terbit Sukuk Lestari Korporat Terbesar Di ASEAN

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd berjaya melaksanakan terbitan sulung Sukuk Wakalah Merdeka Lestari di bawah Program Sukuk Wakalah Merdeka sehingga RM6 bilion nilai nominal sebagai sebahagian daripada strategi kepelbagaian pembiayaannya.

FBM KLCI Akhiri Sesi Pagi Dengan Pergerakan Mendatar

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi hari ini dengan pergerakan mendatar apabila aktiviti dagangan tidak menentu mengimbangi sokongan daripada prestasi kukuh pasaran serantau.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Sesi Dagangan Awal, Seiring Peningkatan Wall Street

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka sedikit tinggi pagi ini seiring dengan peningkatan di Wall Street semalaman.

Pasaran Serantau Suram, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Dagangan Bursa Malaysia rendah setakat tengah hari ini susulan penyusutan pasaran serantau apabila pelabur meneruskan aktiviti pengambilan untung dalam saham-saham wajaran tinggi, didahului kaunter kewangan serta produk dan perkhidmatan pengguna.

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Seiring Prestasi Wall Street, Serantau

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih rendah, menjejaki prestasi suram pasaran serantau serta negatif di Wall Street.

Bursa Malaysia Menongkah Aliran Serantau Untuk Ditutup Sedikit Lebih Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia menongkah aliran rendah serantau untuk ditutup sedikit lebih tinggi pada Selasa di tengah-tengah minat belian berterusan terhadap beberapa saham wajaran tinggi terplilih yang diterajui kaunter perkhidmatan kewangan.

Wasco Greenergy Memeterai Perjanjian Dengan CIMB IB Dan Maybank IB Menjelang IPO

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Wasco Greenergy Bhd (Greenergy) telah memeterai perjanjian pengunderaitan dengan CIMB Investment Bank Bhd (CIMB IB) dan Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) untuk tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.