10bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.30 peratus bagi Simpanan Konvensional dengan jumlah agihan RM63.05 bilion. dan 6.30 peratus bagi Simpanan Shariah dengan jumlah agihan RM10.19 bilion.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka kekal tidak menentu minggu depan selepas menerima penunjuk bercampur-campur dari pasaran serantau dan kebimbangan terhadap kekangan bekalan, menurut Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka kekal mengalami dagangan secara berhati-hati minggu hadapan, dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mungkin mencatatkan julat kecil apabila pelabur menilai perkembangan ekonomi utama, menurut penganalisis.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Setimen pasaran yang kekal berhati-hati mengenai dasar tarif Amerika Syarikat (AS) dijangka terus mempengaruhi ringgit untuk diniagakan dalam julat RM4.45 hingga RM4.47 berbanding dolar AS minggu depan.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) terus memacu daya tahan ekonomi dan jaminan bekalan tenaga Malaysia susulan pengumuman prestasi kewangan yang kukuh dan mampan bagi tahun 2024. Apa yang lebih penting lagi, kejayaan itu diterjemahkan kepada manfaat sebenar untuk rakyat.
11bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat susulan kebimbangan terhadap perang perdagangan semakin meningkat yang memberi kesan kepada sentimen.
11bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan indeks petunjuk pasaran turun 0.75 peratus sejajar dengan prestasi pasaran serantau lain apabila sentimen pelabur terjejas susulan pengumuman tarif oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
11bulan ago
KOTA TINGGI, 28 Feb (Bernama) -- Permukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) Ke-31 bermula hari ini di Desaru, dengan tumpuan kepada integrasi ekonomi serantau dan strategi untuk mendepani cabaran geopolitik yang berterusan.
11bulan ago
KOTA TINGGI, 28 Feb (Bernama) -- Isu berkaitan rancangan tarif dikenakan Amerika Syarikat (AS) antara perkara akan dibincangkan pada sesi Permukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-31 hari ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Jumaat, dipengaruhi oleh prestasi hambar semalaman Wall Street, kata penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) susulan ancaman Presiden Donald Trump untuk menaikkan tarif perdagangan.
11bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Ringgit terus lemah berbanding dolar AS di tengah-tengah sentimen pasaran yang bercampur-campur ketika Amerika Syarikat (AS) bersiap sedia untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas Kanada dan Mexico pada awal Mac.