29hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) - Sebanyak 1,361 projek pemilikan asing dalam sektor perkilangan di bawah seliaan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah diluluskan dengan jumlah pelaburan bernilai RM357.1 bilion bagi tempoh 2022 hingga September 2025.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) — Perdagangan Malaysia dengan ASEAN mencatatkan peningkatan 1.7 peratus kepada RM709.08 bilion untuk tempoh Januari hingga November 2025, mewakili 25.6 peratus daripada jumlah perdagangan global Malaysia sebanyak RM2.775 trilion bagi tempoh yang sama pada 2024.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) — Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menegaskan tiada klausa dalam Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) membenarkan pihak luar melangkaui undang-undang mahupun peraturan domestik Malaysia.
29hari ago
PUTRAJAYA, 21 Jan (Bernama) -- Ekonomi negara berada pada landasan betul dengan Malaysia terus menjadi tumpuan pelabur asing dan syarikat besar, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Ekonomi ASEAN+3 dijangka berkembang 4.0 peratus pada tahun 2026, menurut Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO).
29hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) - Kee Ming Group Bhd menyasar mengumpulkan RM31.50 juta daripada tawaran awam permulaannya (IPO) menjelang penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 12 Februari, 2026.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Perbincangan dengan pihak berkepentingan termasuk pembangkang berhubung Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) akan diadakan sebelum perjanjian itu diratifikasi secara muktamad.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) – MMC Ports Holdings Bhd, pengendali pelabuhan terbesar di Malaysia dan pengurus hab pemindahan kargo utama akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan naik taraf infrastruktur yang disasarkan serta program penambahbaikan peralatan pada 2026.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) — Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia kepada 4.3 peratus untuk 2026 dan 2027, mewakili semakan menaik sebanyak 0.3 mata peratusan.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Manforce Group Bhd telah mendapat kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd untuk cadangan penyenaraiannya di Pasaran ACE.
30hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan momentum kenaikan pada Selasa untuk ditutup lebih tinggi apabila sentimen pasaran semakin disokong oleh peningkatan ketegangan perdagangan di antara Amerika Syarikat (AS) dengan Kesatuan Eropah (EU).
30hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Ringgit menyusut berbanding dolar AS ketika ditutup pada Selasa berikutan sentimen pasaran yang berhati-hati dalam keadaan ketegangan tarif yang semakin meningkat antara Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU).