Terdapat 849 berita berdasarkan kata kunci carian " proses"

MOSTI Laksana Kajian Menyeluruh Bagi Penggubalan Akta STI Baharu

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang melaksanakan kajian menyeluruh bagi menggubal Akta Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) yang baharu.

ACMM Gesa Peraturan Lebih Telus Bagi Penutupan Akaun Bank

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Persatuan Pengurusan Kredit Malaysia (ACMM) menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan (MoF) memperkenalkan peraturan yang jelas serta telus berkaitan kewajaran penutupan akaun bank individu serta syarikat.

Dagangan Sekuriti Destini Berisiko Digantung Jika Terus Gagal Kemuka Laporan Tahunan

KUALA LUMPUR, Nov 3 (Bernama) -- Destini Bhd berdepan kemungkinan dagangan sekuritinya digantung selepas gagal mengemukakan laporan tahunan, termasuk penyata kewangan beraudit dan laporan pengarah dan juruaudit bagi tempoh kewangan berakhir 30 Jun 2025 dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Bayaran Cukai Berlebihan Tidak Boleh Digunakan Untuk Liabiliti Akan Datang - Lim

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak membenarkan syarikat mengimbangi pembayaran cukai berlebihan terhadap liabiliti cukai masa hadapan, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Perjanjian Malaysia-AS Lonjak Prospek Pertumbuhan Pasaran Farmaseutikal

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Syarikat farmaseutikal dari Amerika Syarikat (AS) dijangka menikmati peningkatan jualan di Malaysia susulan pemeteraian Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan AS.

Che Abdul Khalid Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Baharu Bina Darulaman

ALOR SETAR, 2 Nov (Bernama) -- Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) hari ini mengumumkan pelantikan Che Abdul Khalid Md Din sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BDB yang baharu berkuat kuasa mulai 1 November, 2025. 

Trump Umum Perjanjian Perdagangan Dengan China Termasuk Kemungkinan Pembelian Tenaga

Daripada Nor Baizura Basri

GYEONGJU (Korea Selatan), 30 Okt (Bernama) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan butiran mengenai perjanjian perdagangan dengan China lebih dari empat jam selepas mesyuarat peringkat tertinggi dengan Presiden China Xi Jinping.

EWI Capital Labur A$100 Juta Dalam Dana Pejabat Australia

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh EWI Capital Bhd, EWI Investment Holdings Ltd telah membuat peralihan strategik ke arah pemegangan pelaburan dengan komitmen sebanyak A$ 100 juta (RM276.5 juta) sebagai pelabur utama dalam Dana Pejabat Austarlia TrustCapital No 3 (Dana).

Perjanjian ART Malaysia-AS: Kerajaan Kekal Berkecuali, Tidak Gadai Kedaulatan Negara - Zafrul

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Malaysia berpegang teguh kepada prinsip berkecuali, pendekatan whole-of-government (keseluruhan negara) dan sentiasa memastikan kepentingan serta kedaulatan negara terus dilindungi dalam memuktamadkan rundingan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat (AS).

Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia-AS Jamin Kepentingan Dan Keselamatan Ekonomi Negara - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) mengandungi klausa yang menjamin kedaulatan negara, pelaksanaannya adalah berdasarkan kepentingan dan keselamatan ekonomi negara serta undang-undang dan peraturan domestik.

Kejayaan Tarik Potensi Pelaburan RM12.79 Bilion Di Ekspo Osaka Cermin Keyakinan Syarikat Jepun - MIDA

OSAKA, 28 Okt (Bernama) -- Kejayaan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menarik potensi pelaburan bernilai RM12.79 bilion daripada syarikat Jepun di Ekspo 2025 Osaka menandakan keyakinan kukuh mereka terhadap ekosistem perindustrian Malaysia.

LPI Capital Catat Untung Bersih Lebih Rendah Sebanyak RM114.83 Juta Pada Suku Ketiga 2025

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- LPI Capital Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah iaitu sebanyak RM114.83 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2025 daripada RM123.94 juta pada suku ketiga 2024.