BERITA TERKINI   Tarikh melihat anak bulan Ramadan pada petang Selasa, 17 Feb - Penyimpan Mohor | Ringgit melonjak kepada 3.8995 berbanding dolar AS pada Rabu, hampir cecah paras tertinggi dalam tempoh lapan tahun | Rangkaian Ultra5G pamerkan keupayaan infrastruktur digital negara, jadi titik sentuhan positif pertama pelancong luar - Fahmi | Kadar penggunaan rangkaian 5G di Malaysia catat lonjakan ketara dalam tempoh dua tahun daripada 4.7 juta kepada 28 juta pada Dis 2025 - Fahmi | Rangkaian Ultra5G di hab pengangkutan utama negara perkukuh imej Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 - Fahmi | 

Dagangan Sekuriti Destini Berisiko Digantung Jika Terus Gagal Kemuka Laporan Tahunan

KUALA LUMPUR, Nov 3 (Bernama) -- Destini Bhd berdepan kemungkinan dagangan sekuritinya digantung selepas gagal mengemukakan laporan tahunan, termasuk penyata kewangan beraudit dan laporan pengarah dan juruaudit bagi tempoh kewangan berakhir 30 Jun 2025 dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Menurut Bursa Malaysia, laporan berkenaan yang sepatutnya dikemukakan pada 31 Okt 2025 di bawah Perenggan 9.23(1) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama, masih belum dikeluarkan untuk pendedahan umum.

“Sekiranya Destini tidak dapat mengemukakan Laporan Tahunan 2025 yang belum selesai itu pada atau sebelum 7 Nov 2025, dagangan sekuriti syarikat akan digantung bermula 9 pagi Isnin, 10 Nov 2025 sehingga notis selanjutnya dikeluarkan,” katanya pada Isnin.

Di bawah Perenggan 9.28(6) peraturan penyenaraian, sekiranya penyata kewangan masih belum dikemukakan selepas enam bulan daripada tarikh akhir, prosedur penyahsenaraian boleh dimulakan terhadap syarikat berkenaan.

Sementara itu, dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Destini berkata laporan tahunan itu kini berada di peringkat akhir penyediaan, dan syarikat berkenaan dalam proses untuk menyelesaikan prosedur pentadbiran serta penyusunan akhir.

-- BERNAMA