BERITA TERKINI   Terengganu kembali dilanda banjir, tiga PPS dibuka petang ini - APM Terengganu | Dana 1MDB: Najib didapati bersalah atas semua 21 tuduhan pengubahan wang haram - Mahkamah Tinggi | Dana 1MDB: Najib didapati bersalah atas tuduhan keempat guna kedudukan peroleh suapan - Mahkamah Tinggi | Dana 1MDB: Najib didapati bersalah atas tuduhan ketiga guna kedudukan peroleh suapan - Mahkamah Tinggi | Dana 1MDB: Najib didapati bersalah atas tuduhan kedua guna kedudukan peroleh suapan - Mahkamah Tinggi | 

Terdapat 149 berita berdasarkan kata kunci carian " keusahawanan"

Lebih 90 Peratus Usahawan belum Manfaatkan E-invois - Pakar 

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.

UMS Dan Bank Islam Bekerjasama Perkasa Usahawan Komuniti Asnaf

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 21 Nov (Bernama) – Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah memeterai Surat Hasrat (LoI) dengan Bank Islam hari ini untuk menghulurkan bantuan kewangan serta perundingan kepada bakal usahawan dan komuniti asnaf dalam pulau bebas cukai itu.

KKIP Power Bayar RM3.14 Juta Dividen Kepada Syarikat Induk

KOTA KINABALU, 14 Nov (Bernama) -- KKIP Power Sdn Bhd membayar dividen sebanyak RM3.14 juta kepada syarikat induk, KKIP Sdn Bhd bagi tahun kewangan berakhir 2023.

Alliance Bank Umum 13 Finalis Terbaik Untuk 2024 BizSmart Challenge Accelerator Edition

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd (Alliance Bank) mengumumkan 13 finalis terbaik untuk program 2024 BizSmart Challenge Accelerator Edition yang dipilih daripada 593 pemohon.

KUSKOP Sasar Potensi Pelaburan RM100 Juta Di Biban24

PUTRAJAYA, 7 Nov (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan potensi pelaburan bernilai RM100 juta melalui penyertaan Malaysia dalam Pameran Antarabangsa BIBAN24 di Riyadh, Arab Saudi.

Malaysia Bakal Raih Manfaat Ekonomi Sebagai Negara Rakan BRICS - Ahli Akademik

Oleh Abdul Hamid A. Rahman

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pengiktirafan Malaysia sebagai satu daripada 13 negara yang secara rasmi menganggotai BRICS sebagai negara rakan memberikan peluang ekonomi yang ketara, membuka akses kepada perdagangan, pelaburan dan kerjasama dengan pasaran sedang pesat membangun terbesar di dunia termasuk Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.

SME Corp Berjaya Lahirkan Lebih 700 Usahawan PMKS Penerima Anugerah E50

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- SME Corp Malaysia telah melahirkan 763 usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang berupaya mencapai tanda aras kualiti tinggi sekali gus berjaya meraih Anugerah Enterprise 50 (E50).

Forum Ekonomi Belia Sedia Platform Belia Bina Negara

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Forum Ekonomi Belia (YEF) 2024, yang mengumpulkan lebih 1,200 delegasi hari ini, menyediakan platform kepada profesional muda, universiti dan pelajar kolej untuk terlibat dalam perbincangan tentang landskap ekonomi Malaysia yang sedang berkembang, memfokuskan kepada ekonomi digital dan hijau, serta pembangunan bakat.

Kerajaan Pastikan Belia Peroleh Akses Pekerjaan - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Kerajaan komited untuk memastikan belia memperoleh akses kepada pekerjaan yang sepadan dengan latihan mereka dan tiada wilayah yang terpinggir daripada mendapat pendedahan digital.

AMB Connect Memperkasa PMKS Dengan Pendanaan Ramai Ekuiti Islam - KUSKOP

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- AMB Connect melalui Platform Pendanaan Ramai Ekuiti Islam berusaha menyediakan penyelesaian kewangan yang mematuhi kepercayaan dan ketelusan untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Malaysia bagi membolehkan mereka mengumpul modal dan mengemudi cabaran pembiayaan tradisional.

Pasaran Kurier Malaysia Dijangka Cecah US$1.58 Bilion Pada 2025 - Teo

KUALA LANGAT, 23 Okt (Bernama) -- Pasaran kurier, ekspres dan bungkusan Malaysia dijangka mencecah US$1.58 bilion (US$1=RM4.32) tahun depan, didorong oleh peningkatan permintaan e-dagang dan penambahbaikan infrastruktur, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Sarawak Lancar ENBASE Rancakkan Sektor Keusahawanan

KUCHING, 21 Okt (Bernama) -- Kerajaan Sarawak hari ini melancarkan sistem pangkalan data usahawan Sarawak yang juga dikenali sebagai ENBASE bagi merancakkan sektor keusahawanan di negeri ini.