BERITA TERKINI   Kira-kira 60 peratus kawasan penyimpanan lori dan minyak enjin lori di Taman Kota Puteri musnah terbakar, tiada mangsa terlibat - Bomba Johor | Malaysia akan perluas pasaran minyak sawit ke negara yang belum pernah jadi pembeli - Johari | Pemeriksaan kesihatan sebahagian komitmen PM untuk pastikan beliau kekal cergas terajui pentadbiran negara - Pengarah Hospital Serdang | PM Anwar jalani pemeriksaan kesihatan tahunan, kesihatan berada dalam keadaan sangat baik - Pengarah Hospital Serdang | Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri serta Labuan sehingga 5 petang ini - MetMalaysia | 

KKIP Power Bayar RM3.14 Juta Dividen Kepada Syarikat Induk

KOTA KINABALU, 14 Nov (Bernama) -- KKIP Power Sdn Bhd membayar dividen sebanyak RM3.14 juta kepada syarikat induk, KKIP Sdn Bhd bagi tahun kewangan berakhir 2023.

Jabatan Ketua Menteri Sabah dalam satu kenyataan hari ini berkata Pengerusi KKIP Power Datuk Joseph Lee menyerahkan pembayaran dividen itu kepada Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah Datuk Phoong Jin Zhe yang juga pengerusi KKIP.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyerahan itu dalam satu majlis di Menara Kinabalu di sini, Rabu.

KKIP, syarikat milik penuh Kerajaan Sabah yang ditubuhkan pada 1994 memegang 51 peratus saham dalam KKIP Power yang mengumumkan dividen RM6.15 juta untuk tahun tersebut.

KKIP Power, diperbadankan pada 1996, ialah syarikat utiliti bekalan elektrik yang bertanggungjawab untuk penghantaran, pengagihan dan retikulasi elektrik di Taman Perindustrian Kota Kinabalu di sini.

-- BERNAMA