3bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- UOB Malaysia berjaya menetapkan harga nota jangka sederhana Islam bernilai RM455 juta di bawah Tranche 7 Program Sukuk Musharakah RM2 bilion EXSIM Capital Resources Bhd (ECRB), yang distrukturkan sebagai Sukuk Musharakah SRI Hijau ASEAN.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Malaysia akan memudahkan kemasukan eksport produk pertanian dan ternakan dari Pakistan termasuk daging lembu dan jenis daging lain ke negara ini sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kerjasama ekonomi dua hala antara kedua-dua negara.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2026–2030 (NS2.0) dirangka dengan visi yang lebih luas berteraskan tiga keutamaan yang saling melengkapi iaitu keterangkuman, pendigitalan dan pemantauan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Mata wang pasaran sedang pesat membangun termasuk ringgit dijangka mendapat manfaat daripada jangkaan bahawa dolar Amerika Syarikat (AS) akan terus merosot dalam persekitaran ketidaktentuan ekonomi yang berpunca daripada penutupan kerajaan AS.
3bulan ago
SUBANG, 3 Okt (Bernama) -- Kumpulan Weststar dan MBSB Bank Bhd (MBSB) telah memeterai kerjasama strategik menerusi kemudahan pembiayaan Islam berjumlah RM1.3 bilion, bagi memacu pengembangan operasi penerbangan Weststar.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- BMS Holdings Bhd (BMS Holdings) menerima kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd bagi penyenaraiannya di Pasaran ACE pada suku keempat 2025.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan Kedua (NS2.0) akan digerakkan dengan pendekatan lebih strategik, berkesan dan inklusif bagi menangani cabaran semasa serta mempersiapkan negara menghadapi keperluan masa depan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- RHB Bank Bhd mencadangkan Program Kertas Komersial (CP) Pelbagai Mata Wang dan Program CP Islam (Sukuk Murabahah) Pelbagai Mata Wang dengan had gabungan sehingga RM5 bilion.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Pengguna yang memohon pinjaman peribadi melebihi RM100,000 perlu menghadiri dan melengkapkan modul pendidikan kewangan, menurut Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Pasaran modal Malaysia pada masa ini berjumlah RM4.2 trilion, dengan instrumen Islam membentuk kira-kira 62 peratus, menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
3bulan ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 29 Sept (Bernama) -- Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan hari ini diberi taklimat mengenai kemajuan, pencapaian dan hala tuju masa depan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA).
3bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Rusia mahu meningkatkan eksport daging dan produk tenusu yang diperakui halal ke Malaysia tahun ini sebagai sebahagian daripada strateginya untuk melonjakkan perdagangan dua hala terutamanya dalam sektor makanan dan pertanian.