Terdapat 168 berita berdasarkan kata kunci carian " institusi kewangan"

Bank Rakyat Terbit Sukuk SRI Kemampanan ASEAN Berjumlah RM500 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat), melalui Imtiaz Sukuk II Bhd telah menerbitkan Sukuk SRI (Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab) ASEAN sulungnya berjumlah RM500 juta.

BNM Beri Jaminan Terus Pantau, Urus Ketidaktentuan Susulan Perkembangan Global

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus memantau keadaan pasaran kewangan domestik berikutan perkembangan utama global, termasuk susulan pilihan raya presiden Amerika Syarikat serta kebimbangan berkaitan prospek pertumbuhan ekonomi China.

Lawatan Anwar Ke Brazil Buka Peluang Ekonomi Baharu Bagi Malaysia

Daripada M. Saraswathi

RIO DE JANEIRO (Brazil), 19 Nov (Bernama) -- Lawatan rasmi sulung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brazil telah membuka peluang ekonomi baharu bagi Malaysia, terutamanya dalam industri semikonduktor.

Bank Negara, FEN Anjurkan Karnival Celik Kewangan Sarawak

KUCHING, 16 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) bersama Rangkaian Pendidikan Kewangan (FEN) dan industri kewangan menganjurkan Karnival Celik Kewangan (KCK) Sarawak selama tiga hari, bermula semalam.

BNM Umum Liberalisasi Dasar Pertukaran Asing Bagi Bank Pembangunan Dan Institusi Kewangan Pembangunan

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan liberalisasi dasar pertukaran asing (FEP) bagi bank pembangunan pelbagai hala dan institusi kewangan pembangunan bukan pemastautin yang layak.

Tun Daim, Daripada Ahli Perbankan, Pemaju Hartanah Kepada Individu Penting Dalam Tangani Cabaran Ekonomi Negara

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Pemergian bekas Menteri Kewangan keenam Tun Daim Zainuddin hari ini adalah satu kehilangan bukan sahaja kepada negara, malah kepada komuniti perniagaan terutama dalam sektor perbankan dan hartanah.

Forest City Berada Dalam Kedudukan Terbaik Sebagai Hab Perniagaan Dan Pelaburan Utama - Country Garden

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Forest City di Johor bakal menjadi hab strategik untuk perniagaan dan pelabur, disokong oleh jaringan pengangkutan udara dan laut serta berperanan mewujudkan pertumbuhan ekonomi dan kemampanan, menurut pemaju dari China, Country Garden Group.

Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah US$117.6 Bilion Pada 30 Okt, 2024

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah US$117.6 bilion (US$1 = RM4.40) setakat 30 Okt, 2024, berbanding US$119.6 bilion pada 15 Okt 2024.

IILM Terbit Semula Ṣukuk Jangka Pendek Terbesar Tahun Bernilai US$1.31 Bilion

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) telah menyelesaikan penerbitan semula sukuk jangka pendek beragregat US$1.31 bilion (US1=RM4.3415) merentasi tenor satu, tiga dan enam bulan.

Malaysia Cadang Guna Nuklear Sebagai Sumber Tenaga Negara Pada Masa Depan - Rafizi

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Malaysia bercadang untuk menggunakan penjanaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga negara pada masa hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli. 

K-One Cadang Terbit Waran Percuma, 1 Waran Bagi Empat Saham Biasa Sedia Ada

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- K-One Technology Bhd bercadang untuk menerbitkan sehingga 208 juta waran percuma D dalam syarikat berasaskan satu waran bagi setiap empat saham biasa sedia ada yang dipegang.

Pematuhan Dasar Boleh Diterapkan Dalam Transaksi Rentas Sempadan Melalui Projek Mandala

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bank for International Settlements (BIS) dan rakan-rakan bank pusat telah berjaya membuktikan melalui Projek Mandala bahawa pematuhan dasar boleh diterapkan dalam protokol transaksi rentas sempadan.