BERITA TERKINI   Ringgit mungkin cecah bawah 4.00 berbanding dolar AS pada separuh kedua 2026 apabila hala tuju pengurangan kadar faedah Fed lebih jelas -- Ketua ahli ekonomi AmBank | AmBank naikkan unjuran pertumbuhan KDNK 2025 kepada 4.9 peratus daripada 4.6 peratus, 2026 tumbuh 4.5 peratus | Kod Tatalaku Laut China Selatan bukan instrumen selesai pertindihan kawasan tuntutan, sebaliknya kerangka pastikan perairan itu selamat sebagai laluan perdagangan - Mohamad | Kadar Dasar Semalaman (OPR) dijangka kekal pada 2.75 peratus bagi tempoh sepanjang 2026 -- Ketua ahli ekonomi AmBank | Salah guna Grok: Kementerian Komunikasi teliti semula nilai ambang lapan juta pengguna bagi syarat lesen media sosial - Fahmi | 

Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah US$117.6 Bilion Pada 30 Okt, 2024

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah US$117.6 bilion (US$1 = RM4.40) setakat 30 Okt, 2024, berbanding US$119.6 bilion pada 15 Okt 2024.

Kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan adalah 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek, kata Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan hari ini.

Komponen utama rizab tersebut ialah rizab mata wang asing (US$104.6 bilion), diikuti paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.9 bilion), emas (US$3.3 bilion) dan aset rizab lain (US$2.5 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM587.94 bilion, terdiri daripada rizab emas dan pertukaran asing, termasuk SDR (RM482.82 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.81 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.58 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM25.80 bilion), tanah dan bangunan (RM4.57 bilion) dan aset lain (RM58.36 bilion).

BNM berkata jumlah modal dan liabiliti berjumlah RM587.94 bilion, terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM174.74 bilion), mata wang dalam edaran (RM165.26 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM134.37 bilion) deposit kerajaan persekutuan (RM6.75 bilion), deposit lain (RM64.72 bilion), kertas Bank Negara (RM11.57 bilion), peruntukan SDR (RM27.22 bilion), dan liabiliti lain (RM3.21 bilion)

-- BERNAMA