BERITA TERKINI    Kenaikan tarif kepada 25 peratus adalah keputusan Presiden AS Donald Trump bukan menerusi proses rundingan - Tengku Zafrul | Tarif AS: Malaysia perlu mencapai tahap konsensus yang tinggi dalam isu seperti keselamatan ekonomi, pembelian produk buatan AS dan meningkatkan pelaburan di negara itu untuk membantu mengimbangi perdagangan Malaysia-AS - Tengku Zafrul | Tarif AS: Malaysia mahu mencapai perjanjian seimbang yang memberi manfaat kepada negara dan bukan hanya sekadar untuk memuktamadkan perjanjian - Tengku Zafrul | Tarif AS: Malaysia tidak akan berkompromi bila melibatkan isu keselamatan dan kedaulatan negara - Tengku Zafrul | Malaysia kekal optimistik untuk menyelesaikan isu berkaitan tarif susulan keinginan AS untuk terus melakukan rundingan bersama - Tengku Zafrul | Kenaikan tarif kepada 25 peratus adalah keputusan Presiden AS Donald Trump bukan menerusi proses rundingan - Tengku Zafrul | Tarif AS: Malaysia perlu mencapai tahap konsensus yang tinggi dalam isu seperti keselamatan ekonomi, pembelian produk buatan AS dan meningkatkan pelaburan di negara itu untuk membantu mengimbangi perdagangan Malaysia-AS - Tengku Zafrul | Tarif AS: Malaysia mahu mencapai perjanjian seimbang yang memberi manfaat kepada negara dan bukan hanya sekadar untuk memuktamadkan perjanjian - Tengku Zafrul | Tarif AS: Malaysia tidak akan berkompromi bila melibatkan isu keselamatan dan kedaulatan negara - Tengku Zafrul | Malaysia kekal optimistik untuk menyelesaikan isu berkaitan tarif susulan keinginan AS untuk terus melakukan rundingan bersama - Tengku Zafrul |

IILM Terbit Semula Ṣukuk Jangka Pendek Terbesar Tahun Bernilai US$1.31 Bilion

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) telah menyelesaikan penerbitan semula sukuk jangka pendek beragregat US$1.31 bilion (US1=RM4.3415) merentasi tenor satu, tiga dan enam bulan.

IILM melalui satu kenyataan hari ini berkata ketiga-tiga siri itu berharga secara kompetitif pada 4.78 peratus merangkumi US$550 juta untuk tempoh satu bulan; 4.67 peratus pada US$570 juta untuk tempoh tiga bulan dan 4.51 peratus untuk US$190 juta membabitkan tenor enam bulan.

“Terbitan sukūk terbaharu ini menandakan lelongan ke-12 IILM bagi tahun ini dan saiz terbitan terbesarnya setakat ini.

“Lelongan hari ini juga merekodkan tender kompetitif di kalangan peniaga utama serta pelabur dari pasaran di seluruh GCC, Asia dan Afrika, dengan gabungan tempahan dalam tangan melangkaui US$2.75 bilion, mewakili purata nisbah bida kepada perlindungan sebanyak 210 peratus,” kata perbadanan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif IILM Mohamad Safri Shahul Hamid berkata lelongan tersebut menyaksikan permintaan kukuh daripada pelabur Islam global yang mencari instrumen pengurusan mudah tunai yang selamat serta berkualiti tinggi, seperti yang dicerminkan oleh nisbah bidaan kepada terbitan yang sihat merentasi ketiga-tiga tenor yang ditawarkan.

“Lelongan turut menyaksikan penyertaan dua institusi kewangan Afrika buat pertama kalinya, kedua-duanya dari Nigeria membabitkan sebuah bank Islam dan bank konvensional, ini mencerminkan tarikan global yang semakin meningkat ke atas kertas jangka pendek Islam IILM,” tambahnya lagi.

Setakat ini, IILM telah mengeluarkan secara terkumpul sebanyak US$11.82 bilion merentasi 36 siri sukūk.

Terbitan ini merupakan sebahagian daripada “A-1” (S&P) dan “F1” (Fitch Ratings) IILM yang diberi penarafan US$ 6 bilion program terbitan sukūk jangka pendek. Jumlah keseluruhan sukūk IILM tertunggak setakat ini ialah US$4 bilion.

IILM kerap mengeluarkan sukūk jangka pendek merentasi tenor satu bulan, tiga bulan, enam bulan dan 12 bulan untuk memenuhi keperluan mudah tunai institusi yang menawarkan perkhidmatan kewangan Islam. IILM akan terus mengeluarkan semula instrumen mudah tunai jangka pendeknya pada setiap bulan seperti yang dijadualkan dalam kalendar terbitannya.

Sukῡk jangka pendek IILM kini diedarkan oleh rangkaian pelbagai 11 peniaga utama di seluruh dunia seperti Abu Dhabi Islamic Bank, Al Baraka Turk, Affin Islamic Bank, Boubyan Bank, CIMB Islamic Bank Berhad, Dukhan Bank, First Abu Dhabi Bank, Kuwait Finance House, Maybank Islamic Berhad, Qatar Islamic Bank dan Standard Chartered Bank.

-- BERNAMA