4bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunan untuk ditutup rendah sedikit pada Rabu, mencerminkan pasaran serantau yang lemah berikutan kebimbangan yang meningkat terhadap kemungkinan penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang berpanjangan.
4bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi pada Rabu, menjejaki kenaikan dalam niaga hadapan getah serantau dan harga minyak, disokong oleh ringgit yang lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat, kata seorang peniaga.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Selangor mampu meningkatkan pulangan pelaburan daripada asetnya dan terus kekal menjadi penyumbang utama (26 peratus) kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal kepada 4.1 peratus pada 2026, tidak berubah daripada unjurannya bagi 2025, menurut Bank Dunia.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Malaysia akan terus memperjuangkan perdagangan terbuka dan adil serta mengukuh kerjasama antarabangsa melalui penglibatan dalam pelbagai platform, termasuk Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), ASEAN dan BRICS.
4bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka bergerak mendatar minggu depan berikutan kekurangan permintaan terhadap komoditi, termasuk getah, kata pakar industri Denis Low.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Mata wang pasaran sedang pesat membangun termasuk ringgit dijangka mendapat manfaat daripada jangkaan bahawa dolar Amerika Syarikat (AS) akan terus merosot dalam persekitaran ketidaktentuan ekonomi yang berpunca daripada penutupan kerajaan AS.
4bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada 2025 adalah penting dalam mengukuhkan daya tahan rantaian bekalan dan mempercepatkan pelaburan industri hijau dengan Jepun, kata MUFG Bank (Malaysia) Bhd.
4bulan ago
SINGAPURA, 2 Okt Bernama) -- Keyakinan pelabur jelas kembali terhadap Malaysia, dipacu hasil komitmen kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan, bekerjasama, berinovasi dan membina ekonomi yang lebih sofistikated dan inklusif, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia perlu realistik dalam mengharungi landskap ekonomi global semasa memandangkan kedudukannya sebagai sebuah ekonomi yang sangat terbuka selain memiliki hubungan kukuh dengan Amerika Syarikat (AS) dan China.
4bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Dialog formal antara ASEAN serta Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang dijadualkan pada 20 Nov 2025, perlu lebih daripada sekadar perbincangan dan mencapai hasil yang bermakna.
4bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, berikutan para pelabur beralih kepada aset selamat dalam persekitaran kelemahan prestasi dolar AS (Amerika Syarikat) dan ketidaktentuan yang meningkat terhadap dasar ekonomi AS, kata seorang penganalisis.