BERITA TERKINI   PRK Kinabatangan, Lamag: 93 peratus pengundi awal laksana tanggungjawab - SPR | PRK Kinabatangan, Lamag: pusat pengundian awal ditutup pada 5 petang ini - SPR | Terbitan bon korporat Malaysia diunjurkan sebanyak RM130 bilion–RM140 bilion pada 2026, melebihi purata sejarah RM122 bilion -- RAM Ratings | 

Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi pada Rabu, menjejaki kenaikan dalam niaga hadapan getah serantau dan harga minyak, disokong oleh ringgit yang lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat, kata seorang peniaga.

Kenaikan selanjutnya dihadkan oleh ketidaktentuan politik global yang meningkat terutamanya penutupan perkhidmatan kerajaan AS yang berpanjangan menjelang minit terbaharu Rizab Persekutuan (Fed).

“Penutupan perkhidmatan kerajaan yang sudah memasuki minggu kedua, membayangi tinjauan data ekonomi AS dan sentimen pelabur, menambah ketidakpastian kepada dasar Fed,” katanya kepada Bernama.

Setakat petang ini, harga minyak mentah Brent meningkat 0.89 peratus kepada US$66.03 setong. 

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) meningkat lima sen kepada 735.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal menambah satu sen kepada 573 sen sekilogram. 

-- BERNAMA