Terdapat 3209 berita berdasarkan kata kunci carian " bank"

Maybank IB Optimis Terhadap TBB Berikutan Projek Skala Utiliti Raih Momentum

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) kekal positif terhadap sektor tenaga boleh baharu (TBB) berikutan pelancaran berterusan projek berskala utiliti termasuk Solar Berskala Besar (LSS) pusingan keenam (LSS6), Skim Pembekalan TBB Korporat (CRESS) dan program MyBest, yang terus menjadi tumpuan utama.

Bursa Malaysia Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu dalam keadaan dagangan yang kurang memberangsangkan, dengan indeks petunjuk pasaran menyusut di bawah paras 1,670.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Indeks Komposit Turun 0.45 Peratus

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, dengan indeks utama susut 0.45 peratus di tengah-tengah kekurangan pemangkin baharu dan aktiviti pengambilan untung yang sederhana, susulan kenaikan baru-baru ini.

BNM Umum Dana Tambahan RM2.5 Bilion Bagi PKS

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menyediakan dana tambahan sebanyak RM2.5 bilion di bawah Dana BNM bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dengan tumpuan penyalurannya kepada peminjam kali pertama. 

Agenda sokong Pertumbuhan PM Anwar Bantu Tangani Kelemahan Tadbir Urus - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd mengekalkan pandangan positifnya terhadap FTSE Bursa Malaysia KLCI bagi 2026, dengan sasaran akhir tahun sebanyak 1,772 mata susulan Perutusan Tahun Baharu 2026 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggariskan agenda dipacu pembaharuan dan menyokong pertumbuhan.

Permintaan Hartanah Di Malaysia Kekal Berdaya Tahan Dalam Dalam Persekitaran SST, Perubahan Subsidi - RHB IB

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Permintaan untuk hartanah di Malaysia kekal kukuh walaupun Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diperluas dan langkah subsidi bahan api bersasar telah diperkenalkan, kata RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada Selasa dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut dalam persekitaran kekurangan penyertaan pelabur.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Permintaan Terhadap Mata Wang Selamat Berkurangan

Oleh Zufazlin Baharuddin dan K.Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan pelabur sedang menilai situasi antara AS dan Vanezuela, pemintaan terhadap dolar AS tidak bertahan lama berikutan risiko geopolitik semasa yang masih dalam kawalan.

Prestasi Bayaran Balik Cukai 2025 Cecah RM22.5 Bilion Libatkan Lebih 3.7 Juta Kes - LHDN

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) hari ini memaklumkan bayaran balik cukai yang selesai diproses sepanjang 2025 berjumlah RM22.5 bilion melibatkan 3,713,025 kes.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Naik 0.63 Peratus Disokong Kenaikan Saham Teknologi

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini meningkat 0.63 peratus seiring dengan sentimen positif di pasaran utama Asia, disokong oleh kenaikan dalam saham teknologi. 

Sektor Perbankan Dijangka Catat Pertumbuhan Kredit Dan NIM Pada 2026 -- AmInvestment Bank

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Sektor perbankan dijangka teguh pada 2026 selepas dipacu oleh pertumbuhan kredit yang mampan; pengembangan margin faedah bersih; pendapatan bukan faedah yang berdaya tahan (NOII) dan kod penjelasan nasional (NCC) yang stabil, kata AmInvestment Bank Bhd.

Sektor Infrastruktur Tenaga Malaysia Kekal Positif Sehingga Separuh Pertama 2026 -- HLIB

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) kekal berpandangan positif terhadap sektor infrastruktur tenaga Malaysia sehingga separuh pertama 2026 dipacu oleh aliran pesanan yang kukuh daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB), pusat data dan tenaga solar.