1tahun ago
KUALA LANGAT, 23 Okt (Bernama) -- Pasaran kurier, ekspres dan bungkusan Malaysia dijangka mencecah US$1.58 bilion (US$1=RM4.32) tahun depan, didorong oleh peningkatan permintaan e-dagang dan penambahbaikan infrastruktur, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Jumlah kenderaan elektrifikasi (xEV) telah mencecah 33,319 unit setakat 30 Sept 2024, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 memperuntukkan dana yang besar, fiskal dan bukan fiskal, bagi memastikan kejayaan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS), yang merupakan sebahagian daripada Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) - Kerajaan MADANI mempamerkan rangka kerja ekonomi yang mantap menerusi pembentangan Belanjawan 2025 pada Jumaat lepas, selain turut menangani keperluan untuk mengukuhkan kekompleksan ekonomi negara.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Strategi pelbagai hala oleh kerajaan memperlihatkan tumpuan kepada konsolidasi fiskal di samping menyokong pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan jaringan keselamatan sosial, kata Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yakin sasaran utama yang ditetapkan bagi tahun pertama Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dapat dicapai memandangkan tiga daripadanya telah merekodkan pencapaian memberangsangkan, kata Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Industri minyak sawit Malaysia mencatatkan prestasi bercampur-campur dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, dilihat daripada harga dan pengeluaran yang lebih tinggi serta peningkatan hasil yang ketara.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Bizapp Ventures Sdn Bhd dan Menteri Besar Selangor (Diperbadankan) (MBI) telah menandatangani Memorandum Kerjasama untuk memperkasakan 50,000 usahawan perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS) di Selangor ke arah digital dalam tempoh lima tahun.
1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Institusi kewangan menyifatkan Belanjawan 2025 sebagai langkah positif ke arah mencapai ekonomi inklusif yang mampan di samping mengekalkan tanggungjawab fiskal dan keadilan sosial.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) menggesa institusi kewangan mengambil perhatian terhadap langkah kerajaan untuk melaksanakan projek perumahan untuk rakyat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan mencadangkan skop cukai perkhidmatan diperluas merangkumi perkhidmatan baharu, seperti transaksi perkhidmatan komersial antara perniagaan (B2B), berkuat kuasa 1 Mei, 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan mencadangkan pengecualian cukai pendapatan kepada entiti perdagangan Labuan yang menjalankan aktiviti kewangan Islam, diperluas kepada aktiviti perniagaan takaful Labuan dan aktiviti berkaitan takaful Labuan yang layak, menurut Kementerian Kewangan (MoF).