1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan memanfaatkan kekuatan dan keupayaan tempatan di Sabah untuk menarik pelabur dalam sektor industri pembuatan berteknologi tinggi yang berfokuskan kepada aktiviti pembuatan hiliran, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Malaysia yang terus terbuka mengalu-alukan kerjasama strategik dan lebih banyak pelaburan dalam teknologi berkualiti tinggi, ekonomi digital, pendidikan dan sektor berkemahiran tinggi dengan China, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini ketika pilihan raya Amerika Syarikat (AS) semakin menghampiri.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh menangani landskap cukai yang berkembang, mengoptimumkan prestasi kewangan mereka dan memperoleh kelebihan daya saing dengan memanfaatkan secara strategik langkah yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2025 untuk sektor itu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Funding Societies memperoleh kemudahan kredit ketiga daripada HSBC di bawah Dana Pertumbuhan ASEAN sekali gus meningkatkan kemudahan kreditnya daripada bank tersebut kepada lebih US$100 juta (RM436 juta).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah merangka beberapa inisiatif bagi mentransformasikan sektor agrikomoditi daripada pekerjaan berasaskan buruh kepada pekerjaan berasaskan teknologi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kerajaan menganggarkan julat aset di bawah pengurusan (AUM) antara RM500 juta - RM1.2 bilion bagi tempoh lima tahun pertama pelaksanaan Skim Pejabat Keluarga dengan sasaran menarik keluarga dari dalam negara, serantau dan rantau luar seperti Timur Tengah.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kerajaan menyeru komuniti perniagaan Perancis di negara ini meningkatkan kerjasama berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan untuk mewujudkan komuniti sejahtera, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) mengumumkan kemasukan GX Bank Bhd dan Boost Bank Bhd sebagai ahli baharu, menandakan detik penting dalam industri perbankan Malaysia.
1tahun ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Pemilihan U Mobile Sdn Bhd sebagai pengendali rangkaian 5G kedua negara dilihat akan memberikan saingan yang lebih sihat dan merapatkan jurang antara pemain utama di negara ini, sekali gus mewujudkan landskap yang lebih saksama dalam sektor telekomunikasi negara.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) mahu menyediakan RM200 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui inisiatif Pembiayaan Sedia Masa Hadapan (FRF) yang baru dilancarkan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) memberi amaran cadangan untuk mengehad bilangan unit kediaman yang boleh dibeli oleh rakyat Malaysia untuk pelaburan boleh menyebabkan keruntuhan sektor perumahan.